.

Khamis, 9 Oktober 2014

Ekzos Motor Mat Rempit Melayang Masuk Kereta

// // Leave a Comment

Seperti kita sedia maklum ramai golongan mat rempit di Malaysia ni memang handal bab modified motosikal.

Paling ketara ekzos motosikal yang diubah daripada ekzos standard kepada ekzos yang lebih mesra rempit dan berbunyi macam nak pergi berperang.

Maka setiap kali mat rempit dengan ekzos modified ini meneran enjin di jalan raya pengguna lain terpaksa menahan sakit telinga.


Tapi satu insiden di Pasir Gudang baru-baru ini menunjukkan kegilaan mat rempit mengubah ekzos motosikal bukan sahaja menyumbang kepada pencemaran bunyi tetapi boleh meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Menerusi tiga keping gambar yang dikongsikan di laman sosial, seorang pemilik kereta menceritakan detik cemas bagaimana cermin kereta hadapannya tiba-tiba pecah selepas dihentam sesuatu.

Alangkah terperanjat dia apabila mendapati objek yang melayang menghentam cermin keretanya adalah ekzos motosikal yang masih panas.






Mujur dia sempat mengelak, kalau tidak bayangkan muka hadapan akhbar keesokan harinya mungkin berbunyi ‘pemandu maut dengan ekzos terpacak di dahi!’.






Kepada mat rempit di luar sana, bawa-bawalah insaf.

Kegiatan menunggang motosikal dengan laju dan menggunakan ekzos modified adalah perbuatan syok sendiri yang hanya akan membuatkan anda dimaki hamun pengguna jalan raya lain.

Kalau tak mau dengar juga nasihat ni, maka tunggu sajalah nasihat daripada JPJ ketika sekatan jalan raya..


Sumber mynewshub.cc