.
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

Isnin, 29 Disember 2014

Nikah Secara Sederhana Ikut Kehendak Bapa - Zizan Razak


Zizan Razak dan Emma Maembong hanya akan berkahwin secara sederhana sahaja. Zizan berkata majlis perkahwinannya dengan pelakon Emma Maembong akan diadakan tidak secara besar-besaran mengikut permintaan bapa Emma pelukis terkenal Ismail Embong.


Ini komen dari Zizan Razak:


"Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja.


"Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut,"


Zizan Razak juga berkata, mereka akan merancang perkahwinan setelah hubungan dan masalah keluarga Emma Maembong selesai dan pulih seperti sedia kala.


Sementara itu, Emma Maembong kini dalam usaha memujuk ayah dan kakaknya untuk berbaik-baik semula setelah berselisih faham ketika majlis perkahwinan Yaya Maembong dan Wan Raja.


Ini tambah Zizan:


"Saya puji dengan sikap Emma yang matang dalam hal ini kerana dia lebih tahu dan rapat dengan kedua-dua belah pihak ini.


"Dia tahu apa yang perlu dilakukannya dalam memujuk kedua-dua belah pihak untuk berbaik,"


Sumber hotlips-yuya.blogspot.com
Read More

Ahad, 28 Disember 2014

Puncak Perdana: Diserang 13 Samseng Jalanraya


Nampaknya kes membabitkan samseng jalanraya semakin melampau


Terbaharu, seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan dalam keadaan berlumuran darah sebelum dibantu apabila diserang sekumpulan 13 lelaki, pada malam Jumaat.


Perkara ini dikongsikan sendiri mangsa menerusi akaun Facebook


Menurut mangsa kejadian berlaku di Sunway Kayangan, jalan menuju ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana selepas keretanya terlanggar sebuah Proton Waja yang memasuki laluannya.


Selepas kereta diberhentikan, pemandu Waja terbabit dikatakan menghubungi rakan-rakannya yang tiba tak lama kemudian lalu menyerang mangsa.


Walaupun parah, mangsa bersyukur kerana masih mampu melawan dan tidak tumbang ketika diserang kerana jika itu berlaku, keadaannya pasti lebih parah lagi.


Lihat sajalah gambar kecederaan dialami mangsa yang dikongsikannya, memang ngeri..





























Selepas dibawa ke hospital, luka dialami mangsa hanya selesai dirawat dan dijahit sekitar jam 5 pagi, selepas berada selama 8 jam dalam bilik kecemasan.


Difahamkan, laporan polis telah pun dibuat pada hari ini.


Sumber mynewshub.cc


Read More

Anak Terkunci Dalam Kereta, Tetapi Ibu minta RM200 untuk Pecahkan Cermin Kereta


KOTA KINABALU - Ibu kepada seorang anak yang terkunci dalam kereta, enggan memecahkan cermin keretanya sehingga diberikan RM200.


Menurut saksi, wanita terbabit meninggalkan anaknya yang dipercayai berusia 7 atau 8 tahun di dalam kereta sementara dia dan anak perempuannya yang berusia 5 tahun pergi ke sebuah restoran berhampiran di Bandaran Berjaya pada tengahari tadi.


“Saya sedang makan di dalam restoran dan ternampak wanita itu keluar. Selepas seketika, saya ternampak dia kembali dan cuba membuka pintu keretanya tetapi gagal,” kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Hiew.


Orang ramai yang berkerumun di tempat kejadian menasihatkan agar wanita itu membenarkan mereka memecahkan tingkap keretanya untuk mendapatkan anaknya tidur dalam kereta yang enjinnya masih hidup.






Namun wanita itu enggan membenarkan mereka memecahkan cermin keretanya.


Bagaimanapun, setelah diberi RM200 oleh dua orang lelaki, barulah dia membenarkan mereka memecahkan cermin keretanya.


Budak lelaki yang terjaga dari tidurnya kerana keadaan yang bising di luar kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Seorang pegawai perubatan yang kebetulan tidak bertugas pada ketika itu memeriksa keadaan mangsa sementara menunggu pihak perubatan sampai ke tempat kejadian


Sumber mymediahubonline.blogspot.com
Read More

Pesawat AirAsia Kemungkinan Terhempas Di Perairan Belitung?


Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diberitakan telah jatuh terhempas di perairan Belitung Timur


Perkara ini dilaporkan oleh laman web bangka.tribunenews.com hari ini.






Ia memetik sumber yang memberitahu agensi berita itu ada pesawat jenis Airbus telah jatuh di sekitar perairan itu.


Sebelum itu Pesawat AirAsia, QZ8501 yang dilaporkan hilang telah diminta membelok beberapa darjah sebelum gagal dihubungi menara kawalan.


Agesi berita yang memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, pesawat tersebut telah diminta membelok beberapa darjah dari laluan asal Surabaya ke Singapura sebelum hilang.


"Ia telah mengambil laluan yang sedikit berbeza. Juruterbang juga diminta untuk meningkatkan ketinggian dari 3,200 kepada 3,400 kaki," katanya.
Read More

Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang


AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada pukul 7.24 pagi Ahad.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu juga mengakui tiada perkembangan terbaharu diperolehi setakat ini.



Menurut laman Facebook syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan merupakan milik syarikat AirAsia Indonesia.


Pesawat berkenaan merupakan jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.



“Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Air Asia memberikan kerjasama dan segala bantuan yang diperlukan untuk operasi berkenaan,” katanya.


Syarikat AirAsia sudah pun mewujudkan Pusat Panggilan Kecemasan untuk ahli keluarga dan rakan mereka yang mungkin berada dalam pesawat itu.


“AirAsia akan memberikan maklumat terkini sebaik perkembangan terbaru diketahui,” katanya.





AirAsiaStatement




Read More

Jumaat, 26 Disember 2014

Kisah Jihad Seorang Gay Melawan Nafsu


Lelaki yang mendakwa dirinya seorang gay secara sek-sualnya lebih tertarik dan menyukai seorang lelaki lain. Bagi mereka, perasaan sek-sual terhadap lelaki itu adalah normal dan semulajadi. Perasaan ini mula terbentuk semenjak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga keperingkat dewasa.



Walaupun terdapat lelaki gay yang turut tertarik kepada perempuan, biasanya perasaan sek-sual terhadap lelaki lebih dominant dan bermakna kepada mereka. Rasa untuk berkomitment dan menyayangi antara satu dengan lain sama dengan pasangan heterose-xual. Mereka suka hidup bersama dan membina kehidupan yang terjamin.



Tiada siapa yang benar-banar faham mengapa sebahagian kita menjadi gay. Ada yang mengatakan gay adalah kesan dari salah didikan semasa kanak-kanak. Sebahagian yang lain mengatakan menjadi gay adalah disebabkan oleh gene itu sendiri. Apa pula pendapat anda ?



Biasanya mereka akan menegur lelaki idaman mereka seperti:

‘Hi’

‘Boleh berkenalan?’

‘Besar badan abang, geram saya tengok’

‘bang, nak peluk’

Bayangkan ayat daripada seorang lelaki kepada lelaki. Saya sendiri nak muntah bila dengar. Kenapa mereka ini tidak tertarik pada perempuan? Bukankah perempuan itu sesuatu yang indah, dengan bentuk badan seperti gitar, dengan lekuk-lekuknya dan sebagainya yang indah pada wanita.



Artikle ditulis oleh * Abdul Naser Abdul Rahman tokoh pendakwah Perak.



Chee Keong Mempelawa Abdul Naser Abdul Rahman hendak berjumpa di restoran mewah. dan tidak dibenarkan untuk membawa sesiapa pun ketika berjumpa. Perjumpaan Chee Keong ini untuk meminta nasihat khas.



“JIHAD yang paling besar bagi saya ialah jihad semasa solat berjemaah.” Inilah kenyataan yang paling mengejutkan saya. Ia datang daripada seorang insan Gay yang berbangsa Cina. Nama samarannya ialah Chee Keong.



“Bagi Xifu, merapatkan saf semasa solat jemaah akan menambah khusyuk lagi. Bagi saya, ia mencabar keimanan saya, khasnya apabila bahu saya tersentuh bahu seorang jejaka yang kacak. Nafsu syahwat saya naik membara! Saya tak mampu nak solat Jumaat lagi! Saya amat terseksa,” kata Chee Keong.



“Naik nafsu se-ks semasa solat berjemaah? Saya tak faham. Kalau lelaki rapatkan saf dengan perempuan, barulah tak khusyuk,” saya keliru.



“Ini kerana Xifu adalah straight. Dari segi perasaan, saya masih gay walaupun saya telah peluk Islam lima tahun yang lalu!” Chee Keong mengaku. Chee Keong tidak lagi terlibat dengan homose-ks.



Saya terkejut dengan pengakuan Chee Keong kerana tiada tanda gay langsung pada diri Chee Keong. Dia adalah lelaki yang gagah berani. Tiada sifat sotong! Selama lima tahun saya kenalnya, dia adalah seorang yang tekun belajar agama. Tidak memandang perempuan.



Belum berkahwin walaupun sudah berumur 33 tahun.



Tetapi pengakuannya amat memeranjatkan saya. “Apa yang buat you naik nafsu syahwat semasa solat jemaah?” saya tanya.



“Saya sangat bernafsu pada telapak kaki lelaki muda kacak. Bayangkan apabila mereka ambil wuduk dan bayangkan apabila sujud!” Chee Keong makin nampakkan kesedihannya.



“Xifu, I am proud to be a Muslim. Tapi ujian ALLAH SWT ini terlalu berat bagi saya.” Chee Keong dah hampir tidak dapat menahan air matanya.



“Saya kenal ramai gadis muda, cun dan bijak. Saya boleh rekomen jadi isteri. Kahwinlah cepat! Nikah dalam Islam itu amat mudah sahaja,” saya berusaha memberi semangat kepadanya.



“Xifu, saya dah berusaha bernafsu pada perempuan. Bahkan saya cuba tengok ramai perempuan yang hot dan sek-si di shopping kompleks. Saya tak rasa apa-apa pun. Macam tengok kayu! Saya hanya bernafsu pada yang rata dadanya!” sindir Chee Keong. Saya faham

bahawa ‘yang rata dadanya’ di sini merujuk kepada lelaki.



“Bagaimana Chee Keong boleh terjebak sampai ke tahap ini?” saya tanya.



“Saya dinodai oleh pakcik semasa umur enam tahun. Kemudian oleh ketua pengawas sekolah. Tiada halal haram kerana saya bukan Muslim. Memang ada Muslim yang gay juga tetapi mereka pun berperangai seperti bukan Muslim. Saya masih muda. Saya hanya pengikut.

Akhirnya, semua girlfriends saya adalah lelaki kacak sama ada Cina atau Melayu,” kata Chee Keong penuh kesalan.



“Chee Keong, ada sebuah institusi Islam berkata bahawa ia berjaya menyembuhkan gay setelah mereka menjalani kem sembuh gay untuk beberapa hari. Kalau kamu menyertai kem ini, kamu akan jumpa semua peserta seperti kamu. Ini akan bagi motivasi bagi kamu untuk sembuh.” saya cuba bagi jalan.



Chee Keong tergelak besar tiba-tiba. “Xifu, kem ini gagal sebenarnya. Penganjur itu straight. Manalah mereka faham psikologi gay. Bila mereka kumpulkan gay, mereka membuka jalan untuk gay berjumpa dan tukar nombor telefon! Ia akan jadi gay club!”



Tiba-tiba, saya terasa diri saya sangat jahil dalam dakwah, khususnya dalam aspek ini. Betul kata Chee Keong. Saya melihat dari perspektif straight. Chee Keong bukan transgender. Dia lelaki yang inginkan lelaki. Dia tidak bernafsu pada transgender. Dia hendak ‘yang rata dadanya’.



Sebagai seorang tokoh pendakwah, saya gagal. Terlalu banyak perkara yang saya tidak faham. Saya sangat kecewa dengan diri saya. Tetapi saya berusaha menjadi pendengar yang baik.



“Xifu, setiap kali saya dengar hayya alal falaah pada azan, ia memberi motivasi pada saya. Saya tidak akan berkahwin supaya tidak menganiaya perempuan. Setiap hari saya merasai al-falah, kemenangan kerana setiap hari saya berjihad melawan nafsu saya walaupun semasa solat berjemaah!”



Abdul Naser Abdul Rahman tokoh pendakwah Perak
Read More

Keluarga Bayi Hilang Dihanyut Arus Deras


KUALA KRAI – Sudah lebih seminggu Kampung Pertang di sini dilanda banjir lumpur, namun, bagi keluarga bayi malang yang dihanyutkan air deras Nor Adriana Adila Asrol Afendi, peristiwa itu masih meninggalkan kesan trauma dalam diri mereka.


Bayi berumur setahun sembilan bulan itu terlepas daripada pegangan ibunya Suhana Abdul Ghani, 34, apabila bumbung tempat mereka berlindung runtuh ekoran kederasan air yang melimpah dan sehingga hari ini, masih belum dijumpai.


Menceritakan kembali detik mencemaskan itu, datuk bayi berkenaan Abdul Ghani Sulaiman, 63, berkata, hujan mula lebat pada petang 17 Dis dan beliau mengarahkan isterinya Faridah Salleh, Suhana serta anak-anaknya untuk panjat ke bumbung kerana air naik begitu pantas.


“Hari tu, pukul 4.30 petang, hujan mula turun mencurah-curah, pak cik tengah nak ambil kereta bawak naik atas bukit. Masa tu angin kuat pakcik oyak (beritahu) cucu-cucu naik atas siling.


“Semasa sedang kesejukan menunggu bantuan, tiba-tiba bumbung tempat Suhana berpaut tadi runtuh apabila dihempas arus deras. Dia terlepas anaknya bila bumbung tempat mereka berpaut jatuh. Isteri pakcik terjun untuk tarik Suhana tetapi tidak boleh buat apa-apa bila anak Suhana hanyut,” katanya kepada Bernama sambil mengelapkan air mata.


Media sebelum ini melaporkan Nor Adriana Adila dikhuatiri mati lemas sewaktu banjir melanda Rabu lepas dan sehingga kini jasadnya masih gagal dikesan walaupun operasi mencari telah dilakukan secara besar-besaran.


Tinjauan Bernama di sekitar kampung Ladang Kelapa Sawit Kuala Pertang itu mendapati, terdapat kesan deretan pokok kelapa sawit tumbang sepanjang 500 meter, dipercayai akibat dilanggar kepala air sewaktu banjir lumpur melanda kampung itu.


Bencana itu turut merosakkan hampir 50 rumah serta masjid, di samping jalan tar terkopak dalam kepingan besar di sepanjang jalan masuk ke kampung itu akibat kederasan air.


Abdul Ghani berkata, beliau juga hampir lemas ketika sedang berpaut pada serpihan bumbung yang masih tinggal, disebabkan arus sangat luar biasa.


“Namun, keluarga pakcik, terutama Suhana hanya mampu berserah kepada takdir. Kami sekeluarga dah pun buat solat jenazah ghaib selepas hari kedua kehilangan cucu pakcik,” katanya lagi.


Abdul Ghani berkata, Suhana kini sedang berada di Hospital Kuala Krai menjaga seorang lagi anak perempuannya yang patah tangan ketika berpaut di bumbung sewaktu hari kejadian.


Isterinya Faridah pula berkata, oleh kerana sebahagian bumbung tempat mereka berpaut runtuh, dirinya terpaksa berendam dalam air lebih lapan jam manakala dua cucunya terpaksa berpaut pada pokok berhampiran, sebelum diselamatkan.


Banjir yang melanda beberapa negeri kini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara apabila mencatat jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu melebihi 100,000 mangsa yang kini sedang mendapatkan perlindungan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Kelantan merupakan antara negeri yang teruk terjejas banjir dengan jumlah mangsa melebihi 32,000 orang.


Kawasan yang paling teruk terjejas banjir di Kelantan ialah jajahan Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Baharu. – BERNAMA
Read More

Khamis, 25 Disember 2014

KEJAM Tidak Berperikemanusian Bayi Dibuang Dalam Lubang Tandas


Seorang remaja wanita ditahan oleh pihak berkuasa di bandar Shenyang Xiazhuang apabila dia didakwa cuba membuang bayinya dalam mangkuk tandas dalam rumah kediamannya.


Perkara ini disedari apabila, penduduk apartmen yang didiami wanita berkenaan mendengar tangisan bayi selama beberapa jam.


Tangisan itu sekaligus membuatkan salah seorang penduduk mencurigai rumah wanita berkenaan sebelum membuat aduan kepada pihak polis.


Bayi tersebut ketika ditemui dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang dan masih berlumuran darah dalam mangkuk tandas rumah berkenaan.









Lebih menyedihkan kondisi tubuh bayi ketika dikeluarkan dari mangkuk tandas itu sudah bertukar kebiruan kerana kesejukan dan mengalami kesukaran untuk bernafas.


Bayi itu seterusnya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Insiden penemuan bayi tersebut telah menggemparkan penduduk setempat hingga pihak polis meminta bantuan pengurus apartmen berkenaan mengenal pasti identiti ibu bayi itu.


Setelah setengah jam kemudian, ibu bayi tersebut dikatakan kembali pulang ke rumah berkenaan namun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana kehilangan banyak darah.


Ketika disiasat, ibu bayi yang berusia 19 itu mengakui panik setelah melahirkan anaknya kerana khuatir bakal dimarahi dengan keluarganya.


Wanita berkenaan dikatakan merahsiakan kehamilannya selama ini dan tinggal bersama teman lelakinya di apartmen berkenaan.


Sumber mynewshub.cc
Read More

Rabu, 24 Disember 2014

Video Bulan Penuh Punca Banjir Luar Biasa Di Pantai Timur


KUALA LUMPUR – Fenomena ‘full moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.


Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.


“Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘full moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.


“Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Katanya pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.


“Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan,” katanya.


Dr Mohd Hisham menjelaskan musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.


“Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 Disember sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari,” katanya.


Dr Mohd Hisham berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Disember ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.


“Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.


“Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya.


Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam yang berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka berterusan hingga esok.


Selain itu, laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan tersebut yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok. – BERNAMA





Read More

Selasa, 23 Disember 2014

Alat Sulit Budak Dipotong Untuk Tujuan Upacara Sihir


INDIA – Kehidupan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kini berubah sama sekali selepas alat sulitnya dipotong lima lelaki dengan menggunakan pisau cukur berkarat, sebagai sebahagian daripada upacara sihir.


Ia menyebabkan alat sulit Shoaib Bali tidak boleh disambung lagi akibat kecederaan parah. Keadaan ini memaksa doktor terpaksa menebuk lubang air kencing dan turut menggunakan kulit badannya untuk menutup luka berkenaan.


Shoaib diperlakukan dengan kejam ketika dia sedang bermain-main di ladang tebu apabila lima lelaki kemudiannya memegangnya dan terus memotong alat sulit budak itu.


Dia kemudiannya berjalan pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah dan terkejut.


“Saya tidak percaya apabila melihat anak saya dalam keadaan dipenuhi darah. Ketika dia pengsan di tangan saya, saya sangkakan Shoaib sudah meninggal dunia,’’ kata ibunya, Gulshan, 25.


Dalam pada itu, bapanya, Salim, 30, berkata, dia kemudiannya berlari ke ladang tebu itu dan cuba mencari lelaki kejam berkenaan namun penjenayah itu sudah melarikan diri.


Salim hanya menemui pisau cukur berkenaan yang berlumuran darah.


Polis bagaimanapun berjaya menahan kelima-lima lelaki itu.


Sumber mynewshub.cc
Read More

Isnin, 22 Disember 2014

Bapa Emma Maembong Menyelar Akhbar Tempatan


Gara-gara difitnah dan dikeji sebegitu rupa, bapa Emma Maembong, Ismail Embong, 66, tampil menyelar sebuah akhbar tempatan yang telah memburukkan dirinya dalam sebuah artikel bertajuk ‘Bapa Pengantin Buat Hal’.


Artikel yang diterbitkan semalam sekaligus telah mencetuskan kemarahan apabila dirinya bukan sahaja diburuk-burukkan malah segala kenyataan tersebut bercanggah dengan fakta sebenar.


Menurut pelukis profilik negara terkenal ini, wartawan artikel yang dikenali sebagai ‘Miss J’ ini tidak sepatutnya menjatuhkan dan memburukkan orang sesuka hati tanpa mendapatkan fakta sebenar.


“Usah burukkan sesiapa kalau niat nak jual akhbar, terutama niat mu untuk menghancurkan org lain.” ujar Ismail dalam Facebooknya.


Malah kerana terlalu berang, Ismail menyelar wartawan tersebut sebagai ‘si busuk’.


“Bodoh dan banganglah akhbar punyai si busuk sebegini.” katanya.


Ismail turut memperjelaskan yang sebenarnya dalam urusan perkahwinan anaknya dia hanya mahu lakukan secara sederhana.


Dalam dakwaan ‘Miss-J’ yang kononnya dia cabut lari selepas menguruskan hal pernikahan, Ismail memberitahu selesai menandatangani surat tersebut, dia beredar bersama rakan dan anak lelakinya untuk mencari makanan sebab terlalu lapar kerana masih lagi tidak menjamah makanan seharian.


Menurut bapa selebriti ini, dia agak terkilan kerana permintaannya supaya pihak media tidak dipanggil ketika majlis pernikahan terutama lepas kes seumpama ini berlaku.


“Saya terkilan, marah, sedih, hampa, pilu, disusuli hal ini pula, juga tidak mengikut permintaan bapa. Sudah saya nasihati mereka untuk bernikah secara kecil-kecilan, jangan ada pihak media terutama seperti si Miss-J ini.”


“Lepas nikah, buatlah apapun, jangan libatkan saya kerana saya masih ada tiga anak yang belum berkahwin. Ambil iktibar daripada apa yang berlaku. Kalau kata majlis sanding itu ditaja, boleh. Suruh si penaja itu sedekahkan pada fakir miskin dapat berguni, berlori pahala,” katanya


Sumber mynewshub.cc
Read More

Ahad, 21 Disember 2014

Kegagalan Bertahan 90 Minit Perlawanan


KUALA LUMPUR – Kegagalan pemain untuk bertahan sepanjang 90 minit perlawanan menjadi punca skuad Harimau Malaya gagal meraih kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu malam, kata Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh.


Thailand kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik di sini namun muncul juara susulan kemenangan 2-0 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Rabu lepas untuk muncul juara dengan keputusan agregat 4-3.


“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pemain hanya mampu bertahan selama 70 minit dan kemudian hilang punca sehingga menyebabkan Thailand mengambil kesempatan,”katanya kepada pemberita selepas aksi final kedua.


Dollah menjelaskan, keputusan mengeluarkan pemain sayap, Indra Putra Mahayuddin dan pemain pertahanan, Mohd Afif Amiruddin yang memainkan peranan besar pada perlawanan itu ekoran masalah kecederaan, turut menjadi punca kepada kekalahan itu.


Dalam pada itu, beliau berpuashati dengan pencapaian yang diraih oleh skuad kebangsaan walaupun hanya diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.


“Saya hanya dapat membuat persediaan lebih kurang sebulan dan kejayaan mengalahkan Thailand merupakan satu bonus bagi saya. Sekiranya diberi masa yang lebih panjang, saya mampu buat persediaan lebih rapi,” jelas pengendali kelahiran Melaka itu.


Berkongsi pandangan yang sama adalah penyerang, Mohd Amri Yahyah yang berpuashati dengan kemenangan malam ini walaupun gagal meraih kejuaraan buat kali kedua selepas 2010 di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.


“Saya bersyukur kita dapat beraksi di final walaupun persiapan pasukan agak singkat. Semua pemain beri komitmen tinggi dalam setiap perlawanan,” kata pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.


Sementara itu, Ketua Jurulatih Thailand Kiatisuk Senamuang gembira kerana pasukan Thailand meraih kejohanan keempat bola sepak Asean selepas tiga edisi Piala Tiger sebelum ini pada tahun 1996, 2000 dan 2002.


Beliau adalah antara pemain Thailand yang menumpaskan Malaysia pada perlawanan akhir Piala Tiger di Singapura pada tahun 1996 dan pada malam ini beliau mengecapinya sebagai seorang jurulatih.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pemain (untuk kemenangan ini).


Sebelum kami datang ke sini, kami membawa kelebihan dua gol tetapi setelah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, saya berasa kelainan bermain di hadapan lebih daripada 90,000 penyokong.


Semasa rehat, saya memberitahu pemain saya untuk bangkit kembali dan mereka berjaya. Saya bangga dengan semua pemain kerana tidak berputus asa, kata Kiatisuk. – BERNAMA
Read More

Sabtu, 20 Disember 2014

Demi Fetus Dalam Kandungan Ibu Kematian Otak Dikekalkan Hidup


Seorang wanita yang mengalami keadaan kematian otak dikekalkan hidup bagi membolehkan fetus berusia 17 minggu dalam rahimnya diselamatkan.


Tindakan itu tidak dipersetujui kedua ibubapa wanita berkenaan tetapi pihak doktor di Mullingar’s Midland Regional Hospital, Ireland tetap berbuat demikian sejajar dengan undang-undang negara itu yang menuntut fetus dalam keadaan tertentu mesti dipertahankan.


Wanita dalam lingkungan usia 20-an itu mengalami kecederaan dalaman yang sangat parah, menurut laporan Irish Independent.


Bayi dalam rahimnya masih hidup manakala wanita itu terpaksa dikekalkan dengan alat bantuan hayat yang ditentang kedua ibubapanya namun ada ahli keluarga lain yang bersetuju dengan cara berkenaan.


Fetus kerap kali tidak mampu hidup di luar rahim sebelum berusia 24 minggu.


Pakar Undang-Undang Perubatan, Dr Adam McAuley berkata, Mahkamah Tinggi Dublin kemungkinan besar akan memutuskan wanita berkenaan dikekalkan hidup menggunakan bantuan hayat dalam usaha memastikan bayi berkenaan matang dan dapat dilahirkan serta selamat.


Pegawai perubatan dilaporkan sedang berusaha mengumpul pandangan peguam berhubung langkah mereka yang seterusnya.


Pada tahun lepas, Ireland meminda undang-undang berhubung penguguran bayi bagi membolehkan ibu yang mempunyai risiko mengandung atau melahirkan anak berbuat demikian.


Menteri Perubatan negara itu, Leo Varadkar bagaimanapun berpendapat, undang-undang di negaranya masih ketat walaupun langkah demikian dibenarkan


Sumber mynewshub.cc
Read More

Jumaat, 19 Disember 2014

Filem Skinhead Ophilia Kini Trending


Pengarah sinematografi terkenal dan kini pengarah, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mengambil risiko besar dalam mengangkat budaya skinhead ke layar perak walaupun dia sebenarnya tahu persepsi umum tentang golongan ini.



Pekin Ibrahim, Que Haidar, Vanida Imran, Zizan Nin dan ramai lagi. filem ini juga menampilkan bintang baru, Kodi Rasheed sebagai watak utama.



Geng skinhead sering dikaitkan dengan isu negatif seperti salah laku dan mengganggu keharmonian di kalangan masyarakat. Disebabkan perkara itu, pasti usaha pengarah filem Ophilia ini akan menerima tempiasnya dan membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa skinhead dipilih Raja Mukhriz.








"Saya ambil skinhead dan jadikan ia sebagai latar cerita bukan kerana mahu kontroversi atau apa-apa. Saya tahu, apabila sebut saja skinhead, ramai yang mengenalinya sebagai budaya kuning dan negatif. Tetapi ikatan persahabatan yang utuh itu nyata tidak mengenal siapa sebenarnya kita.


“Saya membesar sewaktu budaya skinhead tengah popular sekitar lewat tahun 1980-an dan 1990-an. Selain rock, banyak lagi sub budaya yang menjadi ikutan anak muda ketika itu termasuk punk dan heavy metal. Saya lihat mereka ini united dan mempunyai nilai setiakawan yang tinggi.







"Ketika itu saya lebih kepada 'underground' dan walaupun saya bukan sebahagian pengikut skinhead tetapi benda begitu depan mata saya. Jadi saya pilih sub budaya yang dekat dengan jiwa saya apabila berkarya," katanya.


Mengulas lanjut beberapa babak pergaduhan dan dialog yang menggunaan bahasa kasar, Raja Mukhriz menyatakan semasa menghasilkan filem ini dia tidak terlalu memikirkan soal sensitivi sebaliknya hanya menjalankan penggambaran seperti yang dimahukannya tetapi tetap akur apabila ada beberapa babak dipotong Lembaga Penafisan Filem (LPF).





OPHILIA .. Bkn sebuah filem skinhead yg terapkan Isu perkauman .. Ini sebuah filem Kemanusian .. Persahabatan , atas premis skinhead .. Dan semua skinhead perlu meraikan filem Ini .. Ini utk korang .. Support ! -Pekin Ibrahim



"Apa yang saya tahu, merakamkan mengikut jalan cerita, skrip dan apa yang saya mahu buat. Soal bahasa yang digunapakai dalam dialog pun saya tidak fikirkan sangat dan jika ada pemotongan, kita bersedia dan terima.



"Namun, selepas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) tengok, hanya ada dua pemotongan tetapi ia tidak menjejaskan jalan cerita filem ini yang mendapat klasifikasi P13", katanya yang turut mengarahkan filem Tujuh.



Ophilia Bawa Kisah Disebalik Asal Usul Skinhead








“Ramai tidak tahu 90 peratus daripada mereka yang menggemari dan mengamalkan budaya popular ini adalah golongan pekerja yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.



‘Skinhead’ antara sub budaya hebat yang berkembang dalam masyarakat tempatan. Pandangan negatif ‘skinhead’ membawa fahaman Nazi dan perkauman juga tidak benar.



Mereka yang membuat tang­gapan sedemikian sebenarnya tidak faham, sedangkan ia lebih mementingkan semangat setia kawan.” – Raja Mukhriz



Sinopsis Ophilia, filem Skinhead Malaysia



Filem Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin), Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur.



Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu.



Berani mendepani situasi berlaku, mereka dituntut membayar ganti rugi bernilai RM75,000.



Mungkinkah filem ini bakal memberikan nafas baru terhadap industri filem Malaysia yang agak sendu kutipannya tahun ini? Kita Nantikan
Read More

Isu Pengacara Daripada Kalangan Pelawak, Awal Ashaari Tampil Beri Penjelasan


Isu pengacara daripada kalangan pelawak ternyata menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini. Ia bermula apabila Awal Ashaari melahirkan rasa kekesalannya dengan pihak penganjur yang lebih gemar melantik pelawak sebagai pengacara dan mengenepikan pengacara serius seperti dirinya.



Luahan hati Awal Ashaari telah mendapat reaksi daripada rakan-rakannya yang lain seperti AC Mizal, Aznil Nawawi dan Zizan yang nyata tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

awal ashaari



Boleh dikatakan kenyataan Awal Ashaari itu telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pelawak-pelawak yang turut sama menceburkan diri dalam bidang pengacaraan.



kalau hendak difikirkan, memang berani betul Awal mengeluarkan kenyataan sedemikian. Bukankah ianya bakal menimbulkan konflik kelak kerana seperti kita sedia maklum, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah sebesar Hollywood?



Sementelah, Awal sendiri berkolaborasi dengan beberapa pelawak dan pelakon yang bukanlah menjadi pengacara secara sepenuh masa, antaranya Zizan, Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad.



Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Awal Ashaari telah tampil di akaun Facebooknya dan menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kenyataan sebelum ini. Tulis Awal:-





“Let me make it clear, that saya TIDAK pernah menimbulkan isu itu sebaliknya saya DITANYA soalan, ‘Apa pendapat saya apabila sekarang lambakan pelawak-pelawak diangkat menjadi pengacara?” tulisnya dalam ‘posting’ berkenaan.


Tambahnya lagi, “Sudah tentu apabila ditanya, kita harus menjawab dan sebagai seorang “senior” bak kata sesetengah orang tu, sudah tentu jawapan yg saya berikan tidaklah ‘sebodoh’ itu untuk membuatkan rakan-rakan pengacara hebat diluar sana terasa.


Sudah 11 tahun saya mengacara, tak pernah sekali pun saya ada masalah dengan pengacara-pengacara seangkatan dengan saya, cuma lately ni memang saya akui yang pengacara komedi lebih mendapat tempat dihati penonton disebabkan peredaran semasa. Isu itu tidak sedikit pun menggangu saya, because I know my strength and I know who is my target audience.


Cuma rasa tak sedap apabila komen yang diberikan disampaikan dengan cara yang tidak sensitif. Ianya ibarat sengaja ingin mengundang salah faham diantara saya dan rakan-rakan pengacara yg lain.”



Dalam tulisan tersebut juga, Awal mengingatkan rakan pengacara lain tentang bagaimana industri hiburan menyampaikan laporan kerana bak katanya, ‘sometimes what you said is not actually reported’.



Namun, dia juga tidak menyalahkan wartawan secara total kerana lain individu maka lain interpretasinya terhadap sesuatu kenyataan.



“To my beloved press member, saya menyeru kepada semua supaya kita masing masing pandai jaga nama baik dan periuk nasi kita. You’re a gatekeeper between us, and the public. Tulislah dengan penuh sensitivity supaya perkara begini dapat dielakkan. At the end of the day, we are one small community and we might end up work or bumped into each other. Tak perlu juga nak panjang-panjangkan isu ini. Rezeki ditangan Allah, ada dimana mana.”



Saya harap rakan-rakan pengacara lawak saya tak sentap lama lama.
Read More

Khamis, 18 Disember 2014

Kes Pecah Cermin Tidak Puas Hati Cara Pemanduan Jabatan Kesihatan


KUALA LUMPUR - Seorang jurulatih kecergasan ditahan kerana bertindak samseng jalan raya selepas memecahkan cermin dan mengugut kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, di Lebuhraya SILK, berhampiran Jalan Reko, Kajang, kelmarin.


Kejadian itu mendapat perhatian ramai serta pelbagai komen di laman sosial Facebook selepas tindakan lelaki berusia 26 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi berwarna merah jambu, dirakam kakitangan pejabat kesihatan yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, dan tersebar sejak pagi semalam.


MENYERAH DIRI


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata lelaki yang memandu kereta milik tunangnya ditahan pada jam 5.30 petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat oleh kakitangan pejabat kesihatan berkenaan.


Berdasarkan laporan diterima, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pemanduan kakitangan pejabat kesihatan sebelum bertindak menghalang dan menahannya di tepi lebuhraya berkenaan.


“Dia kemudian keluar dari kereta dengan membawa pengunci stereng sebelum dilihat memarahi dan mengugut pemandu supaya keluar dari kereta (milik) kerajaan itu, namun sebaliknya pemandu dan penumpang mengunci pintu dan merakam tindakan lelaki berkenaan,” katanya. - BERNAMA
Read More

Kenali Charyl Chappuis Pemain Thailand Seiras Cristiano Ronaldo


Walaupun skuad kendalian Dollah Salleh tumpas 2-0, namun apa yang lebih mencuri perhatian penonton ialah pemain no 7 Thailand, Charyl Chappuis.




Penjaring Gol Pertama Thailand Menentang Malaysia

Chappuis meletakkan Thailand 1-0 mendahului Malaysia menerusi jaringan sepakan penalti.








Berdarah Kacukan Mat Salleh

Baru berumur 22 tahun dan dilahirkan Di Kloten, Switzerland. Ayah Chappuis berasal dari Switzerland manakala ibu Chappuis dari Thailand.






Pahit Untuk Ditelan, Chappuis Gay?

Berdasarkan foto di bawah boleh dilihat Chappuis mencium pipi seorang jejaka lain. Adakah dia seorang gay? Tidak! Itu adik dia. Haha






Hati Saya Sudah Dimiliki

Awek orang putih lagi tu






Umur 17 tahun Switzerland

Chappuis pernah mewakili pasukan Switzerland semasa remaja dan memenangi Piala Dunia Fifa bawah 17 tahun.










230 Ribu Followers Instagram

Pemain Thailand ini mempunyai 230 ribu followers Instagram setakat ini.






Fanclub Facebook

Terdapat banyak fanclub di Facebook yang menggunakan nama Chappuis. Rupanya memang ramai peminat mamat ini. Gadis-gadis Malaysia je yang baru perasan.






Muka Iras Cristiano Ronaldo!

Kalau korang perhatikan betul-betul muka Chappuis ini memang ada iras Ronaldo. Kalau muka dia cengkung sikit memang sebijik lah.






Miliki Banyak Kejuaraan Bersama Kelab

Menjuarai Thai Premier League, Thai FA Cup, Thai League Cup, dan Kor Royal Cup bersama dengan Buriram United di Thailand.




Impian Bermain Dengan Barcelona

Menerusi artikel yang dipetik daripada ESPN, Chappui mendedahkan keinginannya untuk kembali bermain di Eropah satu hari nanti.



Saya mempunyai impian untuk bermain bersama dengan pasukan favourite saya, Barcelona tetapi saya tahu ianya mustahil.
Read More

Rabu, 17 Disember 2014

Sedih Dijangkiti HIV Selepas Jalani Ujian Darah


TAKTALA bertentang mata dengan Danial (bukan nama sebenar), terdetik di hati penulis benarkah jejaka berusia pertengahan 40-an ini positif HIV seperti diakuinya menerusi perbualan telefon sebelum itu.



Orangnya kelihatan sihat, kemas, berketerampilan, malah kehadirannya malam itu di sebuah restoran di ibu kota dihantar oleh pemandu peribadinya, menampakkan lagi dia bukan calang-calang orang.



Benar ujarnya, tiada siapa akan syak dia dijangkiti virus HIV sejak sembilan tahun yang lalu melihat kepada personalitinya itu.



Malah cerita Danial, dia sering berurusan dengan ramai orang terutamanya golongan VIP kerana perniagaannya di sebalik rahsia hitamnya itu.



"Percaya atau tidak, saya tidak pernah menjalani sebarang rawatan hospital mahupun tradisional sejak mengetahui saya dijangkiti virus HIV.



"Mental memainkan peranan penting bagi orang seperti saya. Jangan fikirkan tentang sakit yang dihidapi, hidup mesti diteruskan dan fikirkan tanggungjawab kita terutama kepada keluarga.



"Hampir 10 tahun saya disahkan positif HIV, tetapi tidak sekalipun rasa rendah diri kerana ia adalah kesilapan lalu dan kini saya boleh berbangga dengan pencapaian saya atas usaha sendiri," tegas Danial.



Imbas Danial, dia mengetahui dijangkiti HIV selepas menjalani ujian darah bersama bekas tunangnya pada 2005 ketika mereka berdua membuat keputusan untuk berumah-tangga.



Tidak menangis mahupun menyesal selepas dimaklumkan oleh doktor, Danial menerimanya dengan tenang selepas mengimbas kembali apa yang pernah dilaluinya ketika mudanya dulu.



Danial kemudian membuat keputusan untuk tidak menjalani sebarang rawatan yang dinasihatkan doktor kerana ia tidak akan memulihkannya tetapi hanya memastikan kesihatannya terjaga walhal dia tidak pernah berasa sakit.



Hentikan diskriminasi



Walaupun dia dilihat tabah menempuhi dugaan besar itu, tetapi dia terpaksa akur kepada stigma masyarakat membuatkan dia kekal merahsiakan statusnya selain kepada ahli keluarga rapatnya sahaja.



"Mentaliti orang Malaysia saya nampak suka takut yang bukan-bukan. Contohnya kalau ada wanita muda berstatus janda, semua akan takut dan risau dia akan menjadi perampas.



"Orang yang positif HIV seperti saya paling mereka takut malah ada yang memandang hina sedangkan virus ini bukan senang berjangkit pun.



"Banyak lagi penyakit lain yang perlu ditakuti tetapi kenapa perlu terlampau diskriminasi terhadap penghidap HIV?



"Bagi saya, diskriminasi sebegini tidak adil kerana ada kalangan kami mendapatnya secara tidak sengaja seperti pemindahan darah tetapi masyarakat tetap memandang keji mereka yang dijangkiti HIV.



"Seperti saya, masyarakat tak tahu yang saya positif HIV dan mereka bergaul dengan saya seperti biasa. Kalau mereka tahu, adakah layanan yang sama akan diberikan?" soal Danial.



Walaupun boleh dikatakan selesa begitu, Danial tetap merancang untuk mendedahkan rahsianya kepada umum suatu hari nanti demi mendidik masyarakat agar menghentikan diskriminasi sebegitu.



Menurut Danial, dia merasakan pihak media terlalu menggembar-gemburkan virus ini seolah-olah ia adalah penghujung dunia.



Dia faham semua itu satu propaganda bagi mengawal masalah sosial yang semakin meruncing namun berharap ia dihentikan bagi memberi keadilan terhadap golongan sepertinya.



Sumber
Read More

Putri Mardiana BOHONG Ejump Belum Lafaz Cerai Dengan Saya - Isteri




Isteri kepada Shahrizam Abdullah, lelaki yang ditangkap khalwat dengan pelakon Putri Mardiana mendedahkan dia dan suami masih belum bercerai.


‘Ejump’ tidak mahu melafazkan cerai dan perbicaraan masih berjalan, sekaligus menyangkal dakwaan Putri Mardiana kepada sebuah blog hiburan yang menyatakan kes teman lelakinya dengan isteri sudah selesai.



Sebelum ini Putri Mardiana mendakwa dirinya dan Ejump telah dikenakan oleh bekas teman lelakinya dalam kes khalwat tangkap mereka. Malah dalam serbuan jam 3.00 pagi itu, dia sempat mempelawa pegawai JAIS untuk minum dirumahnya.








Tambah Putri Mardiana, kelmarin dia dan kekasihnya Ejump telah naik ke mahkamah untuk perbicaraan kes cerai kekasihnya dan katanya kes tersebut telah pun selesai dimana Ejump telah bercerai dengan isterinya dan mereka telah mengambil surat cerai tersebut.



Selain itu, Norhasni turut membidas kenyataan Putri Mardiana bahawa ‘Ejump’ masuk ke dalam rumahnya hanya untuk meminum air sebagai sesuatu yang tidak berasas kerana masa yang diambil agak panjang.



Berikut kenyataan yang ditulis isteri teman lelaki Putri Mardiana,



"Sorry yer sehingga saat ini ejump belum lafaz cerai dan tidak mahu lafaz cerai…kes masih berjalan…saman no: 1****-0**-0*** tahun 2014…so statement sudah diceraikan…masuk tuk minum air berjam-jam, huhuhuhu please la laaa logic la skit…."


Read More

Selasa, 16 Disember 2014

Batalkan Serta-Merta Tak Masuk Akal Wujudkan Lesen Memancing - Datuk Ismail Sabri


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob sebentar tadi melalui laman Facebooknya telah memberitahu cadangan peraturan untuk mewajibkan pemancing mengambil lesen untuk memancing pada tahun 2015 ditarik serta merta.






Ini bagi menjawab pelbagai pertanyaan yang diposkan di facebook miliknya. Beliau memberitahu tidak mengetahui tentang peraturan ini di peringkat kementeriannya dan mengarahkan pegawai Jabatan Perikanan untuk berjumpa dengan beliau esok.








Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan berkenaan jelas tidak munasabah jadi serta-merta mengarahkan ia dibatalkan.



“Sebenarnya saya tidak tahu tentang cadangan peraturan ini namun selepas terbaca satu ‘posting’ di Facebook, saya sendiri terkejut dengan cadangan peraturan yang begitu tidak munasabah – iaitu melesenkan pemancing ikan.



“Saya telah arahkan supaya cadangan ini dibatalkan serta-merta, ternyata ia langsung tak masuk akal walaupun memang ada orang bom ikan, tuba malah guna racun sekalipun tetapi kita ada undang-undang dan peraturan untuk menghukum mereka ini,” kata beliau.

Beliau turut menyifatkan cadangan ini tidak asuk akal dan turut berasa marah jika undang-undang tersebut dilaksanakan.



Beliau mengakui perkara ini telah dicadangkan dari Jabatan Perikanan tetapi tidak pernah dibincang diperingkat kementerian.



Dengan kenyataan dari Datuk Sabri ni, nampaknya undang-undang lesen memancing yang tersebar sebelum ini akan dibatalkan serta merta.


Read More