Kenapa anjing dan babi haram bagi orang-orang Islam? Kenapa air liur anjing haram untuk umat Islam?
Jawapan untuk kenapa anjing diharamkan untuk umat Islam:
Anjing
dan babi, kedua-dua ini dalam Islam dikategorikan sebagai najis
mughalazah (mughalazoh). Babi atau khinzir atau 'pig' atau 'nangoi' atau
kerbau pendek ini mengandungi banyak virus dan cacing pita serta boleh
mengundang penyakit-penyakit berbahaya.
Menurut
Kamus Perubatan Laros Medical, antara penyakit yang merbahaya ialah
penyakit yang berasal dari telur benih sejenis cacing yang banyak
didapati di dalam usus anjing, cacing disemai di setiap pelusuk melalui
najisnya di rumah-rumah dan pada setiap tempat ia berulang-alik
kepadanya.
Penyakit tersebut
boleh berpindah kepada manusia melalui sentuhan anjing kepada bekas
makanan atau bekas air yang diminumnya, kerana hidung, mulut dan
sekitarnya sebagai tempat membawa penyakit.
Kematian Akibat Jangkitan Daripada Air Liur Anjing
Jangkitan
daripada anjing berlaku sewaktu sedang bermain-main dengannya tanpa
berhati-hati untuk menjaga kulit dari air liurnya. Di India terdapat
orang-orang yang mati disebabkan penyakit anjing dianggarkan lebih
daripada 15 ribu orang setahun. Di Sri lanka 30 orang dari setiap juta
orang dari jumlah penduduk. Di Filipina 12 dari setiap juta penduduk.
(Dr al Saiyid Salman a Saqa dalam tulisannya “Air Liur Yang Membunuh”
dalam majalah Manar al Islam Mac 1986).
Antara
penyakit yang dibawa oleh anjing kepada manusia ialah penyakit kulit
disebabkan kuman-kuman tersebut meresap ke kulir, ia menjadi kudis dan
calar-calar di kulit. – Menurut Dr Hisyam Ibrahim al Khatib dalam
bukunya “Kemudaratan Kesihatan Akibat Pemeliharaan Anjing”.
Sumber : Mukjizat Ilmiah Dalam Islam (Sunnah Nabawiah) – Muhammad Kamel Abd Samad.
Rasulullah
s.a.w. bersabda: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas
air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu
dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah.
(Riwayat Muslim)
Di dalam
al-Quran, Allah s.w.t. mengkategorikan khinzir sebagai binatang yang
haram dimakan. Adapun anjing merupakan binatang yang membawa najis
mughallazah (najis yang berat). Kedua-dua binatang ini adalah haram bagi
umat Islam.
Namun perbahasan
mengenai anjing agak panjang di kalangan ulama. Ini kerana ada
ketikanya anjing boleh dimanfaatkan seperti mengajar memburu dan
membantu di dalam menjalankan siasatan seperti mana anjing-anjing yang
diajar oleh polis untuk mengawal keselamatan dan sebagainya.
Ayat-ayat Al-Quran Berkenaan Pengharaman Babi atau Khinzir:
Sesungguhnya
Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan
binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi
barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa
baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(al-Baqarah: 173)
Ayat-ayat Al-Quran berkenaan Anjing Sebagai Binatang Buruan:
Mereka
menanyakan kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah:
Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh
binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu
mengajarnya menurut apa yang Telah diajarkan Allah kepadamu [1]. Maka
makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu [2], dan sebutlah nama Allah
atas binatang buas itu (waktu melepaskannya) [3] dan bertawakallah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya. (al-Maidah: 4)
TERJEMAHAN DAN TAFSIR:
[1]
Maksudnya: binatang buas itu dilatih menurut kepandaian yang diperoleh
daripada pengalaman; fikiran manusia dan ilham daripada Allah tentang
melatih binatang buas dan cara berburu.
[2] Iaitu: buruan yang ditangkap binatang buas semata-mata untukmu dan tidak dimakan sedikitpun oleh binatang itu.
[3]
Maksudnya: pada waktu melepaskan binatang buas itu disebut nama Allah
sebagai ganti binatang buruan itu sendiri menyebutkan waktu menerkam
buruan.
Sumber : http://www.mohdrizmanma.com/2010/05/kenapa-anjing-haram-disentuh.html
Kenapa Anjing Haram
In
//
//
Leave a Comment
0 comments:
Catat Ulasan