.

Ahad, 8 Jun 2014

NEGARA: Majlis peguam minta Johor tangguhkan niat perkasakan Sultan dalam pentadbiran negeri

// // Leave a Comment
Majlis peguam minta Johor tangguhkan niat perkasakan Sultan dalam pentadbiran negeriMajlis Peguam menggesa kerajaan Johor supaya menangguhkan rancangan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), mengatakan tindakan memberikan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar fungsi eksekutif dalam kerajaan negeri menentang prinsip Raja Berperlembagaan.
"Ini tidak pernah dijangka akan berlaku di bawah Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Johor," kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dalam satu kenyataan hari ini.
"Kuasa eksekutif dan kekuasaan mesti kekal di tangan kerajaan negeri yang dipilih secara demokratik oleh rakyat."
"Langkah yang dicadangkan dalam rang undang-undang LPHJ memberi beban dan tanggungjawab kerajaan negeri kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar."
Lebih-lebih lagi, kata Leong, ia akan mendedahkan Sultan Ibrahim kepada pengawasan dan kemungkinan kritikan kasar yang akan menjejaskan maruah dan kedudukan Institusi Raja di Malaysia. – 8 Jun, 2014.