.

Ahad, 8 Jun 2014

HIBURAN:Pelakon Komedi Kritikal Dalam Kemalangan Ngeri

// // Leave a Comment
Pelakon, pelawak dan komedian popular tersebut berada dalam keadaan kritikal dan kini bertarung untuk hidup. Pelawak tersebut bernama Tracy Morgan kini kritikal selepas sebuah treler merempuh bas limousin yang dinaikinya, awal pagi semalam. 

Pelakon Saturday Night Live dan 30 Rock itu dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah persembahan komedi di Delaware. Tracy Morgan dan kawan-kawannya menaiki sebuah limosin.

Teman rapat Tracy Morgan yang juga mentornya iaitu James NcNair meninggal dunia di situ juga.

Sementara itu Tracy Morgan serta pelawak, Ardie Fuqua Jr kini dirawat di Hospital Robert Wood Johnson dan dalam keadaan kritikal.

Punca kemalangan adalah kerana pemandu treler memandu terlalu laju dan gagal memperlahankan kenderaan lalu melanggar belakang kereta limousin dinaiki Tracy Morgan. 

Sebanyak 6 kereta terlibat dengan pelanggaran ini.



via awanpetir

0 comments:

Catat Ulasan