.

Rabu, 4 Jun 2014

INFO : LIGA REMAJA KREATIF 2014

// // Leave a Comment

Anak-anak remaja anda tidak punya sebarang perancangan sepanjang cuti sekolah? Apa kata anda sarankan mereka untuk menyertai pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014!


Kembali lagi untuk tahun ke-4 atas sambutan hangat yang diterima oleh edisi-edisi sebelum ini, pertandingan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Telekom Malaysia dan Media Prima Digital ini memberikan platform sempurna untuk remaja yang menuntut di peringkat sekolah menengah untuk mengetengahkan kreativiti menerusi kemahiran menghasilkan kandungan atas talian.


Tema LRK tahun ini adalah ‘Jalur Lebar Untuk Pendidikan’. Menarik, kan? Cabaran pula terbahagi kepada kategori video yang dipertandingkan di peringkat negeri dan kebangsaan, serta tambahan dua kategori baru iaitu penghasilan aplikasi mudah alih juga portal Internet.

Telahpun bermula 28 Mei lepas dan bakal diteruskan hingga 4 Julai, anak-anak remaja yang mahu menyertai LRK 2014 mestilah menghantar penyertaan secara berkumpulan yang terdiri dari empat orang ahli. Karya yang dihantar untuk pertandingan pula mestilah karya asli berbahasa Malaysia yang tidak pernah dihantar untuk mana-mana pertandingan seumpama ini.


Hadiah yang menanti para pemenang juga cukup lumayan apabila mereka dengan hasil karya paling kreatif dan inovatif berpeluang merebut hadiah wang tunai berjumlah RM224,000 berserta peranti pilihan ramai seperti iPhone dan kamera digital, juga piala dan sijil penyertaan. Tapi habuan utama yang pasti membangkitkan semangat adalah peluang menyertai Kem Pembangunan Remaja Kreatif untuk beramah mesra dan menimba pengalaman bersama ramai pakar dalam industri pembikinan kandungan kreatif untuk platform online!

Berminat untuk menyertai pertandingan hebat ini? Layari laman sesawang LRK di http://lrk.skmm.gov.my untuk maklumat lanjut juga terma dan syarat penyertaan sekarang!

BAGUS NI! SEMUA PATUT JOIN, TERUTAMA YANG MEMPUNYAI BAKAT

0 comments:

Catat Ulasan