.

Rabu, 4 Jun 2014

INFO:INTERNET BEBAS TAPI PENUH RISIKO

// // Leave a Comment
Internet adalah medium komunikasi hujung jari yang cukup mesra pengguna. Ia boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja; asalkan anda punya peranti dan connection, semuanya boleh terjadi. Internet seolah-olah satu alam lain dengan kebebasan tanpa had! Ini menjadikan kita sebagai ‘penghuninya’ perlu memastikan keselamatan diri sentiasa terjaga kerana alam Internet juga punya bahayanya.

Jika tidak berhati-hati, penggunaan Internet tanpa had akan memberikan ruang untuk sesiapa sahaja untuk mencerobohi privasi anda. Internet juga dipenuhi dengan kandungan tidak bermoral yang menyumbang pada keruntuhan akhlak, serta iklan-iklan palsu yang mahu memperdayakan anda.

Mahu menikmati Internet dengan selamat? Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti!

Jangan kongsikan kata laluan dan nama yang digunakan



Username
 dan password umpama kunci yang membuka gerbang kehidupan peribadi anda kepada orang lain. Oleh itu, tukarlah dua elemen ini sekerap yang mungkin. Gunakan kata laluan yang kompleks dan panjang tapi punya nilai yang sangat peribadi bagi memudahkan anda mengingatinya. Contoh: tarikh lahir crush pertama anda, nombor telefon yang sudah tidak lagi dipakai etc. Elakkan juga berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali, ya!

Bijak apabila berkongsi



Perkongsian di laman maya punya implikasi jangka pendek dan jangka panjang. Jadi, fikir dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar atau kandungan-kandungan yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan. Ingat, apa-apa kandungan yang dikongsi atau dimuat naik oleh anda berkemungkinan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari alam siber. Kandungan ini juga boleh diungkit-ungkit oleh orang lain pada masa akan datang. Lebih malang bila ianya dijadikan bahan yang mengancam keselamatan diri.

Berbudi bahasa



Benar, Internet memudahkan anda untuk meluahkan pendapat tanpa sebarang halangan. Ini bermakna, pendapat anda bebas dibaca oleh pengguna-pengguna lain. Hormati orang lain ketika berkongsi pandangan dan jangan biarkan emosi mempengaruhi anda. Takut-takut anda nampak macam orang bodoh pula. Elakkan daripada menggunakan perkataan yang berbau perkauman atau lucah. Budi bahasa kan budaya kita?

Jangan sebarkan fitnah



Akhir sekali, elakkan berkongsi khabar angin. Rujuk dahulu dengan sumber yang boleh yang boleh dipercayai sebelum klik butang kongsi. Bila berita yang disampaikan tidak benar, ia bukan hanya akan mencalarkan kredibiliti anda, tetapi juga boleh menyebabkan huru-hara!

Sumber:
 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kredit gambar: inwebo.commidget38.hubpages.comirishexaminer.commindbodygreen.comthewebshoppe.net
 - See more at: http://www.gua.com.my/seroja/kamu_dia/Internet_Bebas_Tapi_Penuh_Risiko.html#sthash.TA7z1Fmp.dpuf

0 comments:

Catat Ulasan