.

Jumaat, 15 Mei 2015

Wanita Cedera Parah dan Nyaris Jadi Makanan Beruang

// // Leave a Comment


Seorang wanita Russia telah ditanam hidup-hidup oleh beruang yang mahu menjadikannya sebagai simpanan makanan berikutnya selepas menyerang dan mencederakan beliau.

Sangat Ajaib Ibu kepada dua anak Natalya Pasternak, 55, masih hidup  dan mengalami keceraan parah. Rakannya yang bersama dengan diri pada awal kejadian berjaya melarikan diri di hutan berhampiran Tynda di rantau Amur untuk meminta bantuan

Wanita itu bernasib baik kerana beruang tersebut yang menyangka dia sudah mati, telah menutup wanita itu dengan daun kering dan menghilangkan diri. Tetapi beruang tersebut akan kembali kemudian untuk makan

Gambar mengejutkan diambil oleh pihak polis menunjukkan Puan Pasternak berbaring di bawah timbunan dedaun di mana beruang menyimpan beliau untuk simpanan makanan. kita boleh lihat didalam gambar lengan beliau yang berdarah-darah dicakar dan diterkam beruang .



Apabila penyelamat tiba di tempat kejadian, mereka juga cuba diserang beruang.
Dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa wanita, mereka tidak mempunyai pilihan selain mempertahankan diri dengan menembak dan membunuh beruang betina yang berusia 4 tahun tersebut yang sangat agresif.



Selepas membunuh beruang, penyelamat perasan lengan wanita, berlumuran darah disebabkan luka cakar daripada beruang, di bawah timbunan daun
.
Puan Pasternak masih 'hidup dan sedar', walaupun kecederaan yang agak parah itu. 

Soalan pertama beliau kepada penyelamat adalah: Sudahkah kamu membunuh beruang?

Wanita berusia 55 tahun itu mengalami kulit kepala terkoyak dan keceraan serius di paha  dan masih dalam keadaan trauma.

Doktor di Hospital Tynda mengatakan beliau mengalami keceraan parah

from PenaMerah http://bit.ly/1JMcIri

0 comments:

Catat Ulasan