.

Isnin, 25 Mei 2015

Tahukah Anda Jenis-jenis Pedang Samurai Jepun?

// // Leave a Comment
Pedang samurai di Jepun terbahagi kepada banyak jenis. Jenis setiap pedang adalah mengikut ukurannya. Setiap pedang diukur dengan ukuran "Shaku" dimana 1 Shaku bererti sekitar 30 cm.

Samurai Swords

Berikut adalah jenis-jenis pedang samurai yang dikumpulkan mengikut panjangnya.

Tanto

Tanto

Jika anda pernah melihat Filem Goemon, anda pasti mengenali pedang ini. Pedang ini dibawa oleh puteri sebagai pertahanan diri. Saiz pedang ini sekitar 25 cm, termasuk dalam kategori pisau.

Penggunaan biasanya untuk menusuk serta-merta. Wanita Jepun zaman dulu membawa tanto di sebalik obi (tali pinggang kimono) untuk self defence ataupun untuk serangan spontan.

Wakizashi

Wakizashi

Jika anda peminat Final Fantasy, pasti tidak asing dengan Yojinbo. Pendekar pedang yang mampu membelah apa saja. Salah satu serangannya ada wakizashi. Wakizashi merupakan pedang samurai dengan panjang antara 30-60 cm, para samurai biasa menggunakannya sebagai senjata kedua.

Kodachi

Kodachi

Kodachi adalah senjata kesayangan Aoshi Shinomori ahli Jupon Gatana dalam siri manga Samurai X. Kodachi lebih panjang dari wakizashi, tetapi lebih pendek daripada katana. Biasanya digunakan sebagai perisai dalam hand–to–hand combat.

Kerana tidak sepanjang katana (kurang dari 2 Shaku) maka tidak menyalahi peraturan membawa pedang di zaman Edo sehingga boleh dibawa oleh orang biasa (pada ketika itu cuma samurai yang boleh bawa pedang).

Pedangnya lebih melengkung daripada wakizashi. Pedang ini cukup ringan sehingga memudahkan pengguna bergerak lincah.

Katana

Katana

Katana merupakan pedang khas ninja. Setiap ninja mempunyai katana dipinggang mereka. Pedang ini merupakan pedang umum dengan panjang antara 70-80 cm.

Jenis single-edge dan melengkung. Selain digunakan ninja, pedang ini juga dibawa oleh kaum samurai untuk mewakili status sosialnya.

Biasanya dibawa berpasangan dengan wakizashi atau tanto yang digunakan untuk close-quarter combat dimana katana digunakan untuk open-quarter combat.

Tsurugi

Tsurugi

Pedang Tsurugi tidak serupa dengan pedang yang lain. Pedang ini tidak melengkung tapi lurus seperti pedang korea.

Tsurugi merupakan pedang jenis broadsword, lebih berat berbanding pedang yang lain. Sangat sesuai digunakan untuk mengahadapi musuh yang memakai perisai tebal.

Chokuto

Chokuto

Sama seperti katana, cuma tidak melengkung tetapi lurus. Ditemui sebelum zaman Heian sebelum orang Jepun berjaya mencari teknik melengkungkan pedang (yang lebih unik pembuatannya).

Kerana pedang ini lurus, maka ia sukar digunakan dan jarang dipakai dalam pertempuran. Setelah penciptaan katana, chokuto tetap digunakan tetapi kebanyakannya berfungsi sebagai ceremonial sword.

Ninja-to

Ninja-to

Pedang ninja, selain katana, ninjato merupakan pilihan para ninja. Ringkas dan ringan, pedang ini mudah untuk dimasukkan ke dalam baju.

Perbezaan asas di antara katana dan ninja-to terletak pada bentuknya. Ninjato tidak melengkung seperti katana tetapi lurus.

Nodachi & Odachi

Nodachi & Odachi

Pedang Nodachi & Odachi adalah pedang yang panjang. Merupakan pedang terpanjang dengan panjangnya hampir 80 cm. Pedang ini tidak sesuai untuk close combat kerana ukurannya.

Pedang ini digunakan untuk memecah-belah pasukan berkuda. Dalam siri manga Samurai deeper Kyo, dia menggunakan pedang jenis ini.

Walaupun sebenarnya tidak sesuai untuk close combat. Pembuatan pedang ini sangat sukar, sehinggakan pedang ini dikategorikan sebagai pedang yang luarbiasa.

Nagamaki

Nagamaki

Pedang Nagamaki adalah dimana mata pedang dan pemegang adalah sama panjang. Termasuk dalam kategori belati, digunakan untuk serangan mendadak. Penggunaan pedang ini tidak seefisien Tanto. Tapi pedang ini memiliki keindahan tersendiri.

Naginata

Naginata

Naginata merupakan tombak dengan mata pisau katana. Digunakan perajurit wanita untuk pertarungan jarak sederhana. Pemegang dibuat dari kayu dan mata tombaknya dari katana melengkung. Sangat sesuai untuk jenis pertempuran Chaos.

Yari

Yari
Yari

Yari merupakan sejenis tombak. Berbeza dengan naginata, mata tombak dibuat lurus. Bentuk lurus ini berkesan digunakan menusuk musuh yang datang dari depan.

Biasanya dipakai perajurit lelaki untuk menghadang pasukan musuh. Senjata ini digunakan oleh Madarame Ikaku dalam siri manga Bleach.


from PenaMerah http://bit.ly/1BkCRZB