.

Rabu, 13 Mei 2015

Susuk Tubuh Hantu Di Rakam CCTV Polis Kes Pembunuhan

// // Leave a Comment

Kejadian aneh dan menakutkan dilaporkan terakam dalam sebuah kamera cctv Polis. Peristiwa aneh itu adalah terakamnya Susuk tubuh makhluk ghaib oleh kamera pengintai tersebut. 

Kejadian ini pertama kali disedari oleh Polis bernama Karl Romero. Lelaki ini bekerja di pejabat polis wilayah Espanola, New Mexico. 

Pada mulanya Romero menyangka, apa yang terakam di cctv itu adalah seekor serangga. Namun, sesaat kemudian dia baru sedar bahawa susuk tubuh itu lebih menyerupai makhluk halus. 

kelihatan susuk tubuh tersebut sedang menyeberangi sebuah jalan. Romero pun mengambil kesimpulan roh yang tertangkap kamera ini adalah roh dari seorang warga tempatan yang mati akibat dibunuh. 

"Saya percaya itu merupakan susuk tubuh hantu," jelas Romero seperti dipetik dari Mirror, Isnin (29/9/2014). 

"Saya belum boleh memastikan tapi saya tahu ada sebuah kes pembunuhan yang belum diselesaikan," lanjutnya. 

Kenyataan Romero memang tidak boleh diterima akal sihat. Namun, lebih mengejutkannya lagi pengalaman ghaib tersebut juga dirasakan sejumlah orang yang bekerja atau tinggal di kawasan di mana hantu tersebut terakam CCTV.





from PenaMerah http://bit.ly/1PFXiqg