.

Selasa, 26 Mei 2015

Lebih Banyak Kubur Ditemui, Jumlah Mayat Belum Pasti

// // Leave a Comment



DALAM laporan terkini, pihak berkuasa berjaya menemui lebih banyak kubur dan kem pemerdagangan manusia di sebuah kawasan pedalaman di sempadan Malaysia-Thailand.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur dan 28 kem tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun sehingga kini, jumlah sebenar mayat yang dikebumikan di dalam kubur-kubur berkenaan masih belum dapat dipastikan.
KL03_140913_CRIME
Menurut Khalid, berdasarkan saiz penempatan yang dibina, ia berkemungkinan dihuni sehingga ratusan migran yang dibawa masuk malah kem bersaiz paling besar boleh menempatkan 300 individu pada satu-satu masa.
Isu berkaitan pelarian Rohigya mula kecoh diperkatakan setelah pihak berkuasa Thailand menemui kem pemerdagangan manusia dan kubur di sempadan Malaysia-Thailand awal bulan ini.


from PenaMerah http://bit.ly/1PJrPJo