.

Selasa, 26 Mei 2015

Kisah Seorang Pengutip Sampah Jadi Model Iklan

// // Leave a Comment
Pengutip Sampah Jadi Model Iklan



Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali inilah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan nasib seorang pengutip sampah yang berubah menjadi model iklan kerana kejujurannya.

Ana dos Santos Cruz, 23, terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah 10 jam setiap hari di Barrestos, dekat Sao Paulo di selatan Brazil untuk menyara diri dan anak lelaki berusia 3 tahun.

Namun nasibnya berubah selepas menemui sampul surat yang mengandungi sekeping cek di dalam sebuah plastik hitam.

Cek yang bernilai ‎£52,000 (RM198,000) yang ditemuinya itu adalah untuk didermakan kepada Barrestos Cancer Hospital.

Ana kemudiannya bertindak memulangkan semula cek tersebut kepada pengarah hospital berkenaan pada keesokan harinya.


“Saya tidak mahu mengambil cek tersebut kerana ada lagi ramai pesakit yang memerlukan dana tersebut daripada saya”, katanya dipetik sebuah stesen TV tempatan.

Tindakannya itu mendorong sebuah pusat membeli-belah untuk menjemput Ana untuk menjadi model dalam kempen publisiti di TV dan papan iklan di bandar itu.

Kemunculannya itu turut mendapat perhatian dan kini dia turut ditawarkan untuk menjadi model di bawah sebuah agensi model tempatan.

“Ini adalah apa yang diimpikan selama ini. Impian menjadi kenyataan,” katanya dipetik Mirror.uk

Ana terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah September lalu kerana suaminya dipenjarakan atas kesalahan dadah dan hanya memperoleh pendapatan sekitar ‎£2 (RM8) sehari.

Kapsyen: Ana dos Santos Cruz 


from PenaMerah http://bit.ly/1LDR6ih