.

Selasa, 26 Mei 2015

Kerana Sekeping Kertas Awek Cun Di Buru 2000 Lelaki

// // Leave a Comment
Dalam rangka perayaan Hari wanita yang jatuh pada 8 Mac, sebuah Universiti Sains dan teknologi di Chengdu memberikan setiap mahasiswi sekeping kertas. Masing-masing dari mereka diminta untuk menuliskan keinginan mereka yang akan dilekatkan di dinding 'keinginan'

Demi untuk mendapatkan teman lelaki, Zhang Mengqian, seorang mahasiswi dari China. Beliau telah menulis sebuah mesej yang menyebabkan dia di buru olah ramai jejaka yang berhimpun untuk berkenalan dengannya. dan inilah yang ditulis oleh Zhang.

"Nama saya Zhang Mengqian, mahasiswi tahap pertama, dan saya rasa saya cukup menarik. Tapi anehnya, saya sukar untuk mendapatkan teman lelaki. Bagaimanapun, saya percaya pada yang namanya takdir. Jika kamu mempunyai keinginan yang sama, sila datang ke bawah asrama saya dan teriakkan nama saya antara pukul 12:30 hingga 12:50 pada 11 Mac. saya akan memperhatikan kamu diam-diam dari dalam asrama. jika kamu jenis saya, saya akan turun menemuimu. "

Yang jadi permasalahan Zhang tidak tahu nisbah antara mahasiswa dan mahasiswi di kampus tersebut menyebabkan begitu ramai yang tertarik dengan mesej yang di sampaikannya.

Mesej tersebut menjadi sangat popular dan menggemparkan.
tepat 11 Mac, lebih dari 2000 pelajar berkumpul di depan asrama si gadis tersebut. namun hanya satu daripada mereka yang (berani) berteriak.








from PenaMerah http://bit.ly/1F7TOHg