.

Sabtu, 16 Mei 2015

HIBURAN:Komen Lana Nodin Setelah Bergelar Isteri

// // Leave a Comment

Komen Lana Nodin Setelah Bergelar Isteri


Tahniah buat Lana Nodin kini bergelar isteri kepada warga Amerika iaitu Daud McKienzie yang merupakan pemain bola tampar Amerika Syarikat.

Jom dengar komen Lana Nodin setelah berkahwin dan paling mengejutkan Lana tak sabar mahukan anak bersama Daud.

~ Manusia Hebat Yang Korang Perlu Baca (KLIK SINI)

Ini komen Lana Nodin:

Budaya Dan Bahasa Melayu:

"Alhamdulillah, Daud seorang yang sentiasa ingin tahu dan perkara itu membuatkan keluarga saya cuba membantu dia mempelajari budaya Melayu.

"Malah Daud akan memastikan sepuluh perkataan Bahasa Melayu baru akan dipelajarinya setiap hari. Dia juga mula belajar makanan Melayu, cuma tak tahan pedas saja,"

Adat Dan Islam:

"Apa yang saya nampak Daud sering bertanya mengenai agama Islam. Ada masanya dia keliru antara syariat Islam dan adat.

"Mujurlah dengan teknologi sekarang, informasi boleh didapati di hujung jari sahaja. Dia rajin mencari info di laman carian Google,"

Mahu Anak Secepat Mungkin:

"Tiada apa yang saya harapkan daripada pekahwinan ini selain daripada mengharapkan ianya kekal hingga ke Jannah. Seperti kata Daud, biarlah hari perpisahan kami hanya kematian sahaja,"

"Semua pasangan yang berkahwin mengharapkan cahaya mata. Begitu juga kami. InsyaAllah, saya jika boleh mahu menimang cahaya mata secepat mungkin bagi mewarnai rumah tangga kami."

Destinasi Honeymoon:

"InsyaAllah destinasi bulan madu kami adalah di beberapa buah kotaraya di Amerika Syarikat. Kami akan berkunjung ke Los Angeles, New York dan San Francisco dan menikmati percutian di sana.

"Selepas ini, suami akan terikat dengan jadual latihan bola tamparnya di mana dia akan mewakili Amerika untuk beraksi di Olimpik,"

~21 Gambar Pernikahan Lana Nodin Dan Daud (LIHAT SINI)




from HOTLIPS CORNER http://bit.ly/1B2nlkW
via awanpetir