.

Isnin, 25 Mei 2015

Benarkah Gunung Bergerak Seperti Awan Dilangit?

// // Leave a Comment
Penemuan sebuah gua dipergunungan Mexico yang dipenuhi ratusan kristal gergasi yang saiznya mencecah 12 meter panjang amat mengejutkan para geologi saintis dan ahli kaji bumi.

Naica-Giant-Crystal-Cave

Semakin dalam mereka memasukinya, semakin besar saiz kristal ditemui. Kristal ini bagaikan pancang yang memacak bahagian atas gua agar kukuh kedudukannya.

Para saintis, pakar geologi dan ilmuwan terkemuka melalui pelbagai kajian mendapati, gunung-ganang bagaikan memiliki 'akar' jauh di dalam tanah.

Fungsinya bagaikan pasak yang digunakan untuk menahan atau mencegah tanah daripada bergoyang.

Dalam erti kata lain, gunung-ganang menggenggam lapisan kerak bumi menggunakan 'pasak' yang memanjang dari atas ke bawah lapisan permukaan bumi, sekaligus menghubungkan semua lapisan di dalam bumi.

Kesemua fakta ini hanya diketahui pada kurun ke-19 hasil kajian saintis Barat sedangkan ribuan tahun sebelum itu, rahsia ini telah disebut dalam kalam suci Al-Qur'an.

Gunung-Ganang-sentiasa-bergerak

Seperti yang disebut dalam surah Al-Anbiya ayat 31: "Dan telah Kami jadikan bumi gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu tidak goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk."

Banyak lagi ayat-ayat lain dalam Al-Qur'an yang menerangkan tentang fungsi gunung-ganang diturunkan ribuan tahun sebelum fakta saintifik menemui kebenarannya seabad yang lalu.

Misalnya dalam surah Luqman ayat 10: "Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya, Dia meletakkan gunung-gunung (dipermukaan) bumi agar bumi tidak menggoncangkan kamu, dan dikembangbiakkan padanya segala macam jenis haiwan. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuhan yang baik."

Kita mungkin melihat gunung itu berdiri kaku di tempatnya. Hakikat sebenarnya, ia bukan begitu.

Seperti disebut dalam surah An-Naml ayat 88, "Kita menyangka gunung itu kekal ditempatnya, sedangkan ia bergerak bagai awan."

Dan ayat itu terbukti benar apabila kajian mendapati, pergerakan plat bumi menyebabkan bentuk geografi muka bumi berubah-ubah, begitu juga akan gunung-ganang ini.

Betapa agungnya ciptaan Allah, yang tidak tercapai oleh akal fikiran manusia. Sayangnya, jarang sekali kita melihat kebesaran-Nya dengan tawaduk. Malah, ramai diantara kita tidak mempunyai rasa takut kepada Allah.

Tidak hairanlah firman Allah yang menyindir kita dalam surah Al-Hasyr ayat 21 yang menyebut: "Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini kepada sebuah gunung, nescaya engkau akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah dan (ingatlah), perumpamaan ini Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."


from PenaMerah http://bit.ly/1KttG1k