.

Isnin, 13 Oktober 2014

HIBURAN:Azhan Rani, Pelakon AR Tompel Dalam Filem Saloma Tampil Beri Komen

// // Leave a Comment

Azhan Rani, Pelakon AR Tompel Dalam Filem Saloma Tampil Beri Komen


Pelakon hebat Azhan Rani yang berlakon sebagai AR Tompel kini tampil memberi kenyataannya tentang isu yang berlaku apabila waris AR Tompel kecewa dengan filem biopik Saloma.



Azhan Rani akui tidak merujuk kepada waris AR Tompel dan merujuk kepada Melissa Saila sebagai pengarah filem itu.



Azhan Rani juga memohon maaf kepada waris AR Tompel sekiranya lakonannya melukakan hati mereka sekeluarga.



Ini kata Azhan Rani (via GUA):



“Sebagai pelakon, saya menghormati wakil-wakil keluarga Allahyarham dan tidak ada niat untuk mencalarkan imej watak yang dibawa. Namun jika tindakan saya sebagai pelakon mencederakan hati mereka, dengan rela hati saya terbuka memohon maaf kepada mereka. Tidak sekelumit pun saya mahu buat yang tidak baik tentang arwah. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan ia hanya kapasiti saya sebagai seorang pelakon yang membawa watak arwah sahaja,”


“Sepanjang karier, saya tidak pernah diseret dengan gosip mahupun kontroversi. Itu yang saya mahu cuba kekalkan selama ini. Namun sudah menjadi asam garam kehidupan artis, jadi saya tidak terkilan sangat bila nama saya dikaitkan. Saya terima perkara ini dan mohon maaf sekali lagi jika ia mencalarkan hati mana-mana pihak.”


“Saya tak jumpa mereka kerana bagi saya cukuplah Melissa Saila sahaja yang membuat rujukan selama enam tahun. Lagipun fokus telefilem ini hanyalah kepada Saloma dan ia berkisar tentang perjalanan hidup Saloma dari kaca mata Mariani,” ujar Azhan sambil mengulas mengenai watak hitam AR Tompel yang diketengahkan dalam telefilem tersebut.


“Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ada hitam dan juga putih. Semua orang ada watak hitam, tambahan pula kita hanya manusia biasa. Saya percaya masing-masing tidak suka hal keburukan dipaparkan, namun saya hanya membawa watak itu sahaja. Saya harap orang dapat menerima kisah ini sebagai satu karya seni dan harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,”



Kes ini masih berlanjutan apabila tuntutan waris AR Tompel termasuk Ruminah Sidek, AR Badul dan Adlin Aman Ramli tidak dilatan dan ditolak oleh pihak ASTRO.










from HOTLIPS CORNER http://bit.ly/1qhKhXK

via awanpetir

0 comments:

Catat Ulasan