.

Khamis, 4 September 2014

HIBURAN:Bayangkan Saya Kerani, Macam Mana Nak Tanggung Anak - Rita Rudaini

// // Leave a Comment








Bayangkan Saya Kerani, Macam Mana nak Tanggung Anak - Rita Rudaini




Terbaca di Murai tentang temubual terbaru Rita Rudaini tentang kes tuntutan nafkah dari bekas suami Aidil Zafuan.



Ini kata Rita Rudaini:



“Memang saya failkan tuntutan nafkah tertunggak sebanyak RM150,000 dan nafkah muta’ah sebanyak RM300,000. Kesian dekat anak-anak, saya nak jelaskan duit tuntutan ini bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak saya yang semakin membesar,"


“Nasib baiklah saya ada kerja sikit-sikit untuk tampung kami anak beranak, saya kadang-kadang bayangkan diri saya ini adalah seorang kerani, macam mana nak tanggung anak, dia tu (Aidil) duduk rumah besar yang sangat selesa, anak-anak entah dia terfikir ke tidak,”



Rita Rudaini tak akan berputus asa untuk menuntut nafkah dari kapten bola sepak Malaysia itu yang kini didakwanya semakin tidak mempedulikan kebajikan kedua-dua anaknya itu.



Menurut Rita Rudaini, Aidil Zafuan perlu ingat yang kedua-dua anak yang dibawah jagaannya itu adalah anak kandungnya, dari darah dagungnya sendiri.



Sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah menjaga kebajikan anak-anak walaupun sudah berkahwin dengan wanita lain.



Bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan kini sudah berkahwin dengan Zarema Zainal yang kini telah berhijab dan sedang mengandung.








from HOTLIPS CORNER http://bit.ly/1rt4Zrp

via awanpetir

0 comments:

Catat Ulasan