Soalan yang begitu mudah, namun jawapannya mempunyai makna yang mendalam. Skuad pejuang jihad Palestin, Briged Al-Qassam diketahui ramai merupakan salah satu sayap ketenteraan yang kuat milik Hamas.
Tentera penggempurnya yang tidak gentar dengan ancaman Israel begitu komited dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Briged Al Qassam mempunyai skuad elit yang bergelar Komando Al-Qassam. Skuad elit ini aman digeruni regim Zionis kerana terkenal dengan roket artileri buatan sendiri yang telah terbukti mampu menggugat Israel.
Tapi yang menghairankan, setiap anggota tentera Al-Qassam ini menutup wajah mereka. Mengapa? Adakah takut di 'cam' oleh tentera Yahudi? Mana mungkin pejuang yang berani mati untuk syahid ini berasa takut. Tapi mengapa perlu ditutup?
Mari sama-sama kita lihat dan amati status yang sempat di 'snap' di bawah sebagai jawapan kepada persoalan yang timbul.
Masyaallah . . Sampai begitu sekali dititikberatkan oleh tentera al-Qassam ini demi memelihara diri tenteranya semata-mata untuk beroleh kemenangan. Sebenarnya mereka menutup muka hanya untuk mengelakkan diri bersikap Ujub dan Riak. Semoga tentera Islam ini beroleh kemenangan di Gaza. Insya-Allah . . .

0 comments:
Catat Ulasan