Terkedu, itulah reaksi pemilik kenderaan Lamborghini Golardo yang merempuh tembok konkrit di sebuah hotel di India. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada hari Khamis lepas di Hotel Le Meridien, New Delhi dan kereta mewah tersebut remuk dan mengalami beberapa kerosakan sebagaimana yang dilaporkan Daily Mail UK.
Perkara ini berlaku kerana, kereta mewah tersebut dipandu dengan cuai oleh petugas tersebut. Berdasarkan pengiraan yang dilakukan, kerugian yang berlaku kepada pemilik kenderaan tersebut mencecah RM818,000!
Pemiliknya, Miglani memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel berikutan kerosakan kereta tersebut.
Harga sebuah kereta import dan kos mendapatkan alat ganti di India lebih mahal daripada negara lain kerana duti import yang dikenakan.
Jom lihat rakaman CCTV kenderaan mewah tersebut melanggar tembok konkrit :

0 comments:
Catat Ulasan