TONGGAK Uruguay dan Juventus, Martin Caceres mengalami kecederaan parah apabila terlibat nahas kecelakaan jalan raya di kampung halamannya di Montevideo.
Menurut laporan akhbar Mundo Deportivo, bekas pemain Barcelona itu didakwa miliki kandungan alkohol 2.0 lebih tinggi daripada had yang dibenarkan bagi seseorang yang sedang memandu.
Semasa kejadian, Caceres memandu Porsche SUV berwarna hitam dan melanggar kenderaan lain yang berwarna putih.
Namun, dia dikatakan mengalami luka serius dan bakal kembali terbang ke Itali pada hari Selasa depan.
Perjuangan Caceres bersama Uruguay di Piala Dunia tersekat di babak Pusingan 16 selepas disingkirkan Colombia, Ahad lalu.
0 comments:
Catat Ulasan