.

Ahad, 15 Jun 2014

Piala Dunia: Kami harapkan Suarez: Tabarez

// // Leave a Comment
FORTALEZA: Uruguay berharap penyerang berbisanya, Luis Suarez cukup cergas ketika menentang England pada aksi kedua Piala Dunia Kumpulan D selepas tewas mengejut 3-1 kepada Costa Rica, awal pagi tadi.

Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez yang mengakui Suarez memintanya untuk kekal di bangku simpanan pada perlawanan terbabit berkata pemainnya terperangkap dengan gerakan pantas lawan dan terdesak memulihkan imej yang tercalar.
“Dia jelas pemain yang saya harapkan namun dia masih tidak mampu beraksi pada tahap kejohanan seperti ini ketika latihan. Dia meminta untuk kekal di bangku simpanan. Adakah dia akan memenuhi jangkaan. Dia akan beraksi di atas padang kerana buat kami, dia pemain yang amat penting. Dia penting dan potensinya boleh membantu pasukan.

“Ketika ini, kami tidak mampu meletakkannya di atas padang. Kini kami mempunyai beberapa hari sebelum perlawanan menentang England. Jika dia meningkat, kami akan menyenaraikannya dalam perlawanan itu,” kata Tabarez yang memuji permainan ditampilkan Costa Rica yang dianggap perlawanan yang sudah lama tidak dirasai pemainnya.

“Ia perlawanan yang sukar pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan dan peluang yang mereka miliki. Ia satu kekalahan yang sukar buat kami, dengan cara kami tewas, dengan gol hasil permainan yang sudah lama kami tidak rasai.

“Kami perlu menghadamnya dengan pantas. Pasukan berdepan lebih banyak kesukaran pada awalnya berbanding jangkaan," kata Tabarez yang pasti berdepan tugas sukar selepas England turut tewas ketika menentang Itali.

Empat tahun lalu di Afrika Selatan, Uruguay mara ke separuh akhir dan bergelar pasukan dari Amerika Selatan terbaik di kejohanan terbabit. - Reuters

0 comments:

Catat Ulasan