.

Ahad, 15 Jun 2014

Piala Dunia: jual baju hujan RM643.70

// // Leave a Comment
NATAL: Seorang lelaki mengaku menjual baju hujan atau poncho miliknya yang berharga 14 dolar (RM45) kepada peminat luar di antara Mexico dan Cameroon dengan harga tidak munasabah, 200 dolar (RM643.70).

Jose Humberto Martins memberitahu laman berita G1 dia membeli baju hujan yang diperbuat daripada plastik itu di luar stadium sejam sebelum perlawanan berlangsung dan ketika sedang berjalan bersama teman wanitanya, seorang wanita menemuinya dan menawarkan RM643.70 untuk membelinya.

“Saya ingat ia adalah jenaka dan teruskan berjalan. Namun selepas saya berfikir dan kembali kepadanya, dia jelas serius. Dia mengeluarkan duit di tangannya,” kata pengurus perniagaan di Natal itu. “Saya tidak tahu dari mana dia datang, namun dia bersama lelaki yang memakai jersi Mexico.”

Hujan lebat dan mogok oleh pemandu bas yang juga satu-satunya pengangkutan awam tunggal di Natal menjadikan perlawanan itu lebih sukar untuk disaksikan dengan perlawanan berakhir Mexico menang 1-0 ke atas Cameroon.

Lumpur membanjiri jalan-jalan di bandar yang digambarkan FIFA sebagai “Sun City” (Bandar matahari) itu dalam promosinya kerana Natal secara purata memiliki 300 hari tanpa hujan sepanjang tahun. - AFP

0 comments:

Catat Ulasan