.

Jumaat, 6 Jun 2014

HIBURAN : FELIXIA PADAM GAMBAR ZAMAN PLAYBOY

// // Leave a Comment
Ipoh: “Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook (FB), justeru, saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.
“Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini,” kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi, semalam.
Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab.
Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab.
ANTARA komen yang dilontarkan pengguna laman sosial kepada Felixia.
Ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum.
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Mohd Hanafis Abdul Haris

Layan elok mualaf, semua orang ada sejarah buruk, siapalah kita untuk mengutuk dan mengeji. Kita pun tak tau dosa dia dikira atau pahala kita dicatit.

0 comments:

Catat Ulasan