.

Rabu, 18 Jun 2014

Fleksy Menawarkan Fleksy Keyboard Untuk Samsung Gear 2

// // Leave a Comment

Fleksy Keyboard boleh dikatakan antara papan kekunci yang menarik kerana hadir dengan gesture yang intuitif ketika menaip perkataan. Dalam usaha untuk mengembangkan papan kekunci ini ke pelbagai platform lagi, pihak Fleksy menawarkan papan kekunci mereka untuk Samsung Gear 2.


Fleksy-Messenger


Papan kekunci Fleksy untuk Gear 2 membolehkan perkataan ditaip dengan mudah pada skrin yang kecil melalui kawalan gesture. Setiap perkataan yang ditaip mengikut struktur huruf bagi sesuatu perkataan akan diramal oleh Fleksy Keyboard dengan hanya membuat seretan pada baris papan kekunci.


Walau bagaimanapun, Fleksy Keyboard ini hanya ditawarkan melalui aplikasi Fleksy Messenger sahaja buat masa ini atas kekurangan sistem operasi Tizen yang tidak menyokong fungsi keyboard pihak ketiga pada keseluruhan sistem.


Bagi mereka yang ingin menguji Fleksy Messenger untuk Samsung Gear 2, boleh memuat-turun aplikasi ini melalui gedung aplikasi Samsung Apps.



0 comments:

Catat Ulasan