.

Sabtu, 14 Jun 2014

Firefox 30 Untuk Android Hadir Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

// // Leave a Comment

Pada bulan lepas, pihak Mozilla secara rasminya telah membawakan sokongan bahasa Malaysia pada pelayar web desktop mereka, Firefox. Kini, selang sebulan, sokongan bahasa Malaysia turut diperkenalkan untuk pelayar web mudah-alih mereka di Android.


Firefox Android BM


Melalui Firefox untuk Android yang dikemaskini, Mozilla membawakan sokongan bahasa Malaysia, sekaligus memudahkan para pengguna tempatan untuk menggunakan pelayar web popular tersebut dalam bahasa tempatan.


Disamping itu, Firefox 30 untuk Android juga turut menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan butang QuickShare pada menu, dan kebolehan untuk menambah kandungan terus pada panel homescreen.


Bagi para pengguna tempatan, anda boleh memuat-turun pelayar web Firefox untuk Android ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini. Selain bahasa Malaysia, versi baru ini juga turut membawakan sokongan untuk bahasa Indonesia.







from Amanz http://ift.tt/1xVInCo

via AwanPetir