.

Jumaat, 13 Jun 2014

Asus Zenfone 5 Dengan Memori 2GB RAM Mula Dijual Di Malaysia

// // Leave a Comment

Setelah ditangguhkan beberapa kali, hari ini pihak Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan yang mana Asus Zenfone 5 (A501CG) telah mula dijual di pasaran Malaysia. Harga peranti ini telah diumumkan sebelum ini, dimana dijual pada harga RM599.


Asus Zenfone


Asus Zenfone 5 merupakan telefon pintar dengan skrin bersaiz 5-inci IPS daripada pihak Asus. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z2560 pada kelajuan 1.6GHz, dan menyertakan memori sebanyak 2GB RAM. Peranti ini turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan PixelMaster.


Siri telefon Zenfone turut hadir dengan antaramuka khusus untuknya, dinamakan sebagai Asus ZenUI. Ia masih mengekalkan elemen antaramuka Android asal, tetapi menyertakan beberapa penambahan fungsi menarik padanya.


Bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan Asus Zenfone 5, anda boleh melakukannya dengan ke pengedar rasmi Asus di Malaysia. Penjualan Zenfone 6 dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.






from Amanz http://ift.tt/1kSVpeF

via AwanPetir

0 comments:

Catat Ulasan