.

Khamis, 12 Jun 2014

Adakah Ini Pembahagian Skrin Untuk iOS 8 ?

// // Leave a Comment

Pada bulan Mei lalu kami telah kongsikan video konsep untuk pembahagian skrin pada iOS8. Video konsep tersebut menunjukkan terdapat sesetengah aplikasi yang boleh diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Video dibawah dirakam oleh seorang pembangun yang telah menggodam iOS 8 iPad Simulator untuk menjadikan fungsi ini boleh dilakukan.



Didalam video ini, pelayar Safari dapat dikecilkan dari skrin penuh, kepada bersaiz separuh dan suku dari skrin. Meskipun fungsi ini tidak diumumkan semasa WWDC, kod berkenaan fungsi ini terdapat didalam iOS 8 versi pembangun. Ianya tidak dapat dipastikan sama ada fungsi ini akan diimplementasikan pada iOS 8 versi umum, atau disimpan untuk versi akan datang malahan tidak mustahil sekiranya Apple tidak memasukkan fungsi ini.


Apa kata anda berkenaan pembahagian skrin? Adakah perlu atau gimik semata-mata ?






from Amanz http://ift.tt/1q6nzWy

via AwanPetir