PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat
kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang
akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita
di bawah ini)
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.
2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari
kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj
atau rampasan.
3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan
sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk
dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.
4.Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera
Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan
di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).
5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran
laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa
peristiwa konfrantasi dahulu.
6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di
Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera
Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood,
maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.
7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada
pihak Singapura.
8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di
cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang
melibatkan Singapura.
9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan
peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.
10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah
ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu
dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya
sangat cekap.
11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an
dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan
oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di
soal siasat oleh polis Bukit Aman.
12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.
13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet
pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.
14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia
di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan,
TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada
ketika itu.
15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar
melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.
17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di
sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai
contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika
dahulu.
18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC,
aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment
lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat
disahkan)
19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila
untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu.Beliau
diberi sejumlah wang untuk membina replika bangunan yang hendak
dicerobohi itu.Ketika misi berjalan semua komando dari malaysia telah
dikumpulkan berdekatan Manila untuk sebarang kemungkinan.Alhamdullilah
dokumen itu berjaya dibawa pulang dan Sabah kekal menjadi sebahagian
Malaysia sampai kiamat INSYAALLAH (Fakta tidak dapat disahkan)
20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya
menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang
dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.
21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas
PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program
itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman
komunis yang telah menang di Vietnam.
22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar
dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan
Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.
23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert
(tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear
pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin
Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat
ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada
penulis satu ketika dahulu).
24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM,
“Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita.
Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu
mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.
25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.
26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal
Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak
melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).
27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.
28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an)
pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan
pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di
Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya
temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).
29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara
Singapura di Bukit Batuk dan menukar semua bendera Singapura dengan
bendera Malaysia.Dan perkara itu tidak disedari oleh seorang pon
sehingga lah hari berkerja bermula semula.
31.Singapura pernah hendak memulakan perang dengan Malaysia namun dapat
dipintas oleh Malaysia kerana pihak Malaysia mengesan satu cara
komunikasi pihak Singapura dengan rakyat Singapura yang berada di
Malaysia untuk dipanggil pulang iaitu dengan timbul nya KOD di Telefon
Bimbit,Televisyen,Telefon celular rakyat Singapura
PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
In
Malaysia,
perang,
republik,
zionis
//
//
Leave a Comment
0 comments:
Catat Ulasan