Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, populasi warga Jepun di Malaya
tersangat ramai terutama di negeri-negeri pantai timur dan Singapura.
Ramai antara mereka datang ke Malaya sebagai pedagang, peniaga, editor
akhbar, diplomat dan tidak kurang juga terdapat sesetengah mereka
bekerja sebagai pelacur-pelacur kelas atasan.
Pelancong-pelancong daripada Jepun direkodkan berbondong-bondong datang
ke Asia Tenggara lama sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. Pada masa
itu, ia tidak langsung diragui oleh pihak penjajah seperti Belanda di
Indonesia, Perancis di Indo-China, Amerika Syarikat di Filipina dan
British di Malaya. Tugas intipan dijalankan oleh perisik mereka dengan
cukup baik. Daripada sekecil-kecil maklumat sehingga ke maklumat yang
paling sulit, semua dikumpulkan untuk memudahkan tugas tentera
Imperialis Jepun kelak. Kebanyakan daripada mereka dilengkapkan dengan
mesin Cipher(mesin kod rahsia) untuk berhubung bagi menghalang British
memintas pesanan mereka.
Tatsuki Fuji
Beberapa nama seperti Tatsuki Fuji misalnya, telah melakukan tugasnya
sebagai agen rahsia di Malaya dengan cukup licik. Mudahnya Jepun untuk
menawan Malaya pada tahun 1941 adalah disebabkan oleh risikan agen Jepun
ini.
Segala kekuatan British telah pun dikaji dan diselidik dengan
sebaik-baiknya oleh beliau. Tatsuki Fuji sebenarnya adalah seorang
editor di Singapore Herald.
Dalam masa yang sama, Fuji telah direkrut untuk mengintip setiap
kemudahan dan kekuatan tentera British di Singapura dan Malaya.
Profesion beliau sebagai wartawan memudahkan tugas rahsia beliau untuk
mengintip dan membongkarkan rahsia sulit British.
Agen Jepun yang paling berjasa
Namun, jasa Tatsuki Fuji tidak dapat mengalahkan jasa seorang agen Jepun
yang pernah berada di Malaya lama sebelum Jepun melancarkan dasar
imperialisme. Jepun perlu berterima kasih dengan agen yang digelar
‘Harimau’ ini. Beliau adalah Tani Yutaka.
Bersongkok dan bersamping
Tani Yutaka adalah agen Jepun yang pernah menetap di sebuah negeri di
pantai timur iaitu Terengganu. Beliau berada di Terengganu lama sebelum
perang dunia bermula. Malah, beliau dilahirkan di Hulu Terengganu pada
tahun 1910.
Beliau bersama-sama ibubapanya mencari nafkah dengan membuka kedai
runcit secara kecil-kecilan. Kedai runcit warisan keluarga Yutaka
tersebut masih lagi terpelihara sehingga terpaksa dirobohkan untuk
memberi laluan kepada pembangunan setelah Malaysia memperoleh
kemerdekaan. Bersama-sama bangsa cina, keluarga Tani Yutaka dianggap
golongan minoriti di Terengganu. Bangsa Melayu masih lagi mendominasi
dari segi populasi di sini. Namun, keluarga Tani Yutaka yang pandai
berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu dapat menyesuaikan diri dengan
situasi sebergitu.
Tani Yutaka sendiri menggemari adab dan pemakaian orang Melayu. Beliau
tidak malu untuk bersongkok dan bersamping sedangkan hakikatnya beliau
berbangsa Jepun. Oleh sebab itu, teman-teman Tani Yutaka lebih ramai
berbangsa Melayu berbanding bangsa-bangsa lain. Ia kemudian menjadi
faktor penyebab mengapa Tani Yutaka berjuang bersama-sama bangsa Melayu
untuk menumpaskan British di Malaya semasa era Perang Dunia Kedua kelak.
Agen Fujiwara Kikan
Tani Yutaka berkhidmat
secara rahsia dengan sebuah agensi risikan daripada Jepun iaitu
Fujiwara Kikan atau lebih dikenali dengan gelaran F Kikan. Beliau
dikatakan mula dihubungi oleh F Kikan semasa usianya mencecah 19 tahun.
F Kikan ditubuhkan semasa permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1941 di Thailand. Ia diketuai oleh Major Fujiwara Iwaichi iaitu
ketua unit risikan Tentera Imperialis Jepun battalion ke-15. F Kikan
ditubuhkan untuk memujuk gerakan kemerdekaan di India, Indochina dan
Malaya bagi bersekutu dengan Jepun. Di Malaya, F Kikan berjaya memujuk
beberapa orang Sultan termasuk sultan Kedah untuk memihak kepada Jepun.
F Kikan pernah mengarahkan unitnya untuk menyelamatkan kerabat diraja
Sultan Kedah termasuklah Sultan Abdul Hamid dan Tunku Abdul Rahman
daripada diapa-apakan oleh tentera Imperialis Jepun. F Kikan juga pernah
menghubungi Ibrahim Yaakob bagi berkerjasama dengan Jepun menentang
British di Malaya. Ibrahim Yaakob adalah pemimpin utama parti Kesatuan Melayu Muda atau
lebih dikenali KMM. KMM adalah antara beberapa organisasi yang
berkerjasama dengan Jepun untuk menumpaskan British bagi menjadikan
Malaya sebuah negara yang merdeka. Ibrahim telah dilantik oleh Jepun
untuk menjadi Leftenan Kolonel kepada pasukan militia anti-British,Giyuugan. KMM dan Giyuugan kemudian
diharamkan British selepas kuasa penjajah ini kembali memerintah Malaya
setelah Jepun menyerah kalah pada 1945. Ibrahim bertindak ke Jakarta
bersama keluarganya dan menukar nama kepada Iskandar Kamel.
Gerakan Gerila dan sebotaj
Bergitu juga dengan Tani Yutaka, beliau diarahkan agensi F Kikan bagi
melancarkan sabotaj dan perang gerila terhadap tentera British dan
sekutunya. Kebanyakan yang sering menjadi mangsa serang berani Tani
Yutaka dan pasukan gerilanya adalah tentera upahan British iaitu tentera
Gurkha.
Dendam terhadap bangsa Cina
Ada sebuah kisah di mana Tani Yutaka bergitu benci kepada bangsa Cina.
Ia disebabkan sebuah peristiwa yang menimpa adik perempuan apabila
beberapa orang berketurunan Cina yang dipercayai kongsi gelap telah
merogol dan membunuh adik perempuannya ekoran tersebarnya kisah-kisah
kebrutalan Jepun terhadap bangsa Cina di Tanah Besar.
Kemarahannya memuncak sehingga tujuan asalnya untuk menumpaskan British
telah terarah juga kepada bangsa Cina di Malaya. Bersama-sama rakannya
yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya, Tutaka telah membalas
dendam dengan membakar kedai milik orang cina dan tidak terkecuali juga
milik orang-orang British. Nama Tani Yutaka mula ditakuti dan disegani
oleh orang cina dan British. Gerakan memburunya telah dilakukan namun
tidak berhasil.
Malaria meragut nyawa
Disebabkan terlalu terdedah dengan hutan belantara, Tani Yutaka telah
dijangkiti demam Malaria yang kemudiannya menjadi penyebab kepada
kematiannya. Beliau meninggal dunia pada usia yang masih bergitu muda
iaitu dalam lingkungan 32 tahun. Beliau meninggal dunia di Singapura
pada 1942. Namun, terdapat sumber mengatakan beliau meninggal dunia di
Johor sebelum dibawa ke Singapura untuk dikebumikan di tanah perkuburan
khas bagi imigran Jepun.
Legasi
Kerajaan Jepun mengambil inisiatif untuk mengenang jasa beliau semasa
penaklukan Jepun di Asia Tenggara dengan menerbitkan sebuah filem yang
diberi judul Marai No Tora yang membawa maksud ‘Harimau Malaya’. Watak beliau telah dilakonkan oleh pelakon Jepun era 30-an, Koji Nakata.
Yang menariknya mengenai filem tersebut ialah budaya Melayu dipaparkan
dengan cukup menebal seperti watak Yutaka Tani memakai songkok dan
berbaju melayu serta menyanyikan lagu warisan bangsa Melayu, ‘Rasa Sayang’.
Sumber: http://takusahrisau.wordpress.com
0 comments:
Catat Ulasan