.

Selasa, 15 Mei 2012

Politik Sekular

// // Leave a Comment
https://www.eiu.com
“Memisahkan agama dan politik dipanggil sekular. Perkataan sekular berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bemaksud kata waktu( a time word). Ia boleh diartikan sebagai satu zaman yang sangat panjang. Di dalam satu zaman yang sangat panjang ini, sekularisasi di dalam politik bermaksud tidak ada seorangpun yang boleh memerintah dengan ‘autoriti hak tuhan’.

Kepercayaan kepercayaan ini mulai disemai bermula tahun 1804 hingga 1872 oleh guru Karl Marx yang bernama Ludwig Feurbach. Kemudian timbul pula para teologi kematian tuhan seperti Karl Barth (1886-1968), Dietrich Bonhoeffer (1906-1945), Paul van Buren, Thomas Altizer, Gabriel Vahanian, William Hamilton, Woolwich, Werner dan Lotte Pelz. 

Bagi mereka ini semua, ‘tuhan telah mati’ atau ‘agama adalah ketidakpercayaan’(religion as unbelief). Mereka menyeru orang orang kristian dengan satu pendekatan baru iaitu, ‘kristian tanpa agama’(a religionsless Christianity) dan menganggap ‘kematian tuhan’ adalah satu budaya.

Mereka mula memutarbelit kata kata. Kata mereka kristian tanpa agama bukan bermaksud menjadi atheis, mereka masih percaya wujudnya tuhan tetapi agama hanyalah satu falsafah yang paling tinggi. Agama hanya untuk manusia, bukan manusia untuk agama. Tuhan hanya untuk manusia bukan manusia untuk tuhan. Jadi peranan tuhan hanyalah kepercayaan semata mata dan digantikan dengan peranan manusia semata mata di dunia ini. 

Bagi mereka jika gereja memerintah negara akan berlaku kepincangan yang sangat dahsyat. Mereka percaya akan berlaku konflik dan banyak sekatan akan muncul jika para paderi dikaitkan dalam pemerintahan.

Lantaran itu pihak barat mula memisahkan para paderi dan gereja dari kehidupan bernegara. Jadi ‘solution’nya adalah sekularisme. Mereka mula meminggirkan kehidupan agama mereka dari tampuk politik. Maka mereka bebas perbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.

Malang sekali fahaman fahaman ini mula diadaptasi oleh sarjana sarjana Islam. Mohamad Arkoun misalnya menganggap, sekularisme dalam pentadibran negara akan membebaskan manusia dari kekangan ideologi. Senada dengannya adalah Nasr Hamid Abu Zayd. Malah ramai sarjana sarjana Islam mula tertarik dengan fahaman memisahkan agama dan politik, bertitik tolak dari fahaman mereka berdua. LEBIH BACAAN | DONATE

http://darululumonline.wordpress.com/2010/04/25/asal-usul-memisahkan-politik-daripada-agama/




0 comments:

Catat Ulasan