.

Selasa, 15 Mei 2012

Cara Tidur

// // Leave a Comment
 
http://www.anamarzablog.com
"Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan." begitulah Sunnah Rasulullah S.A.W
Berikut merupakan cara kebiasaan manusia tidur.
  • Cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat, kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas. 
  • Cara tidur secara menelengkup pula tidak praktis untuk pernafasan. 
  • Cara tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana cara ini akan menghimpit jantung sehingga peredaran darah tergangga dan mengurangi alirah darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk. 
  • Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan atau menghadap kanan.

Adab nak tidur adalah seperti berikut :-

a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya.

b) Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat."

c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra: "Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan."

d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka."

e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Sama-sama la kita mengamalkan sunnah nabi sekalipun sewaktu "mati sementara" ni ya kerana kita sendiri belum tentu akan bangkit pada keesokan harinya!!!

"Pangkalan Namakan & Malukan"!

0 comments:

Catat Ulasan