.
Memaparkan catatan dengan label Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah. Papar semua catatan

Jumaat, 29 November 2013

Kelahiran Menurut Tahun Islam Atau Hijarah



Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..  

Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.  

Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.     Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..  

Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.  

Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.  

Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.  
Sya’aban


Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya danmudah mendapat rezeki.



Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.  

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.  

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.
Read More

SOLAT


Solat Berjemaah

Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
solat berjemaah 4 Subhanallah! Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik
Cara betul Solat Jemaah – Saf yang betul dan sempurna, tumit kaki sama satu garisan dan bahu rapat
solat berjemaah 3 Subhanallah! Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik
Salah – Saf yang salah, bahu tak rapat dan kaki tak betul
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. (sambung bacaan)
Read More

Jumaat, 27 September 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA. 12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA. 30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Read More

Sabtu, 20 Julai 2013

Tarawih & Hikmahnya


Apakah Solat Tarawih?
Solat sunnat yang dilakukan khusus hanya pada bulan ramadan. Tarawih dalam bahasa Arab adalah bentuk jama’ dari تَرْوِيْحَةٌ yang diartikan sebagai “waktu sesaat untuk istirahat”. Waktu pelaksanaan solat sunnat ini adalah selepas isya’, biasanya dilakukan secara berjemaah di masjid.

Hikmah Solat Tarawih
Malam #1Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat ampunan dari Allah.
Malam #2
Dosa-dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman), telah diampuni Allah.
Malam #3
Berserulah malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya dapat meneruskan solat tarawih terus-menerus sehingga Allah akan mengampuni dosa Anda.
Malam #4
Pahalanya Setara dengan Membaca 4 kitab Sekaligus ( Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran ) untuk memperoleh pahala.


Malam #6

Allah mengurniakan pahala dari malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.
Malam #7
Seolah-olah bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi AS menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam #8
Allah mengurniakan pahala kepada orang solat tarawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim AS.

Malam #9
Allah mengurniakan pahala dan menaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam #11
Anda akan keluar seperti baru dilahirkan dan bersih daripada dosa dan dunia (mati).
Malam #12
Allah datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).
Malam #13
Allah datang pada hari kiamat dalam aman sentosa untuk tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam #14
Malaikat datang menyaksikan proses solat tarawih, dan Allah tidak akan menghukumnya di hari kiamat

Malam #16
Allah SWT tertulis baginya, terlepas daripada neraka dan masuk ke syurga.
Malam #17
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pahalaNya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam #18
Malaikat berseru, “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)”.
Malam #19
Allah SAW tinggikan darjatNya di dalam syurga Firdaus.

Malam #21
Allah membangunkan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam #22
Allah datang pada hari kiamat, membahagiakan tiap orang yang berdukacita dan menghadapi kerisauan.
Malam #23
Allah SAW membangun sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.
Malam #24
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini.

Malam #26
Allah mengurniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seperti 40 tahun ibadat.

Malam #27
Allah mengurniakan orang bertarawih pada malam ini, segala kekuatan melalui titi Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam #28
Allah SWT mengurniakan pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam #29
Allah SAW mengurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.


>>sumber : http://8share.com/my/specials/tarawih-hikmah

Read More

Sabtu, 13 Julai 2013

Kamal Attartuk

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jamdisebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi namaEtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!


  • panjisemarang.blogspot.com/2012/10/rahsia-kamal-attartuk.html
  • akubudakseni.blogspot.com

iklan komiknetwork photo IKLAN-BLOGGER_zps0a0e7b30.gif
Read More

Isnin, 24 Jun 2013

Punca Jerebu


Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.


Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 19 Jun 2013 ini pula menunjukkan seorang petugas berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah ladang sawit.

Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya.  Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?

Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.

Dan sememangnya pembakaran terbuka untuk pembukaan tanah ada berlaku di Riau seperti imej tidak bertarikh di bawah :
Sehingga semalam, jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123 empat hari lalu kepada 194 semalam, namun tiupan angin barat tidak membawanya ke Kuala Lumpur melainkan ke Melaka, Johor dan Singapura buat masa ini. Namun tiupan angin tersebut boleh berubah bila-bila masa kerana tiupan tetapnya dalam monsun ini ialah dari barat daya Maka dengan tepatnya ia mengarah ke Lembah Klang. Jadi? Bersedialah.


BACA JUGA
Read More

Isnin, 3 Jun 2013

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

    Penaklukan Baitulmuqaddis

“     Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

    Zina bermaharajalela

“     "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim     ”

    Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

“     “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.     ”

    Bermaharajalela alat muzik

“     Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah     ”

    Menghias masjid dan membanggakannya

“     Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.     ”

    Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]

“     Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim     ”

    Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
    Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik

“     Diriwayatkan dari Anas r.a.
"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq." - Riwayat Ibn Ady     ”

    Ramai orang soleh meninggal dunia

“     Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad     ”

    Orang hina mendapat kedudukan terhormat

“     Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani     ”

    Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]

“     "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad     ”

    Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]

“     Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."     ”

    Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan]

“     Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani     ”

    Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“     Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim     ”

    Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad     ”

    Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai- sila lihat Bumi Arab kembali subur

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim     ”

    Binatang buas berbicara dengan manusia - sila lihat Kisah serigala dengan gembala kambing

 Bulan terbelah dua - sila lihat Bulan Terbelah dua

 Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

    Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

“     Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari     ”

    Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai



Read More

JUMAAT



Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.
Kapt Hapidi bin Hussin
Read More

Rabu, 29 Mei 2013

Rasulullah Berpesan Pada 100 Ribu Umatnya Sebelum Wafat

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. ( Baginda tidak menyatakan Sunnah itu hadith, tetapi dalam pelaksanaan sunnah itu pasti ada hadithnya, Sunnah itu pelaksanaan wahyu, manakala hadith adalah rakaman kata-kata)

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

SILA SHARE INI UNTUK ILMU DAN TAQWA SERTA KASIH SAYANG KEPADA BAGINDA.
Read More

Sinopsis bahagian Anak Jin Cerita P.Ramlee Pa' Belalang

Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang, seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang, yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah, di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.

Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan dan Nyawa, yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan darah" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri.

Di rumah penghulu, dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
Pak Belalang (yang masih tidur) dikejutkan dengan kehadiran orang ramai.

Pak Belalang tak tahu apa yang berlaku walaupun dia tahu itu semua rancangan anaknya. dia mengikut sahaja arahan anaknya, lalu mengambil semangkuk air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya).

Air itu kemudian ditunjukkan kepada penghulu dan si pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka pendek umur. Pak Belalang turut tidak nampak apa-apa di dalam air tersebut tetapi mujur Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.


P.Ramlee menceritakan perbandingan antara orang rajin dan malas, dimana sikap masyarakat melayu yang suka bermalas-malas dan mengharapkan rezeki datang sehingga sanggup memakan apa sahaja untuk memenuhi sifat malas mereka itu.

P.Ramlee tak cerita benda yang dia tak ada ilmu langsung.. Dia cuma cerita perkara yang dia nampak.

Pak belalang : Dia cerita mengenai "Anak Jin", anak jin dia itu tak lain dan tak bukan, bukanlah jin, tetapi anak pak belalang yang menyamar jadi Jin. Sebab gambaran sebenarnya, Jin ni bukan mudah2 nak nampak, tapi hakikatnya kita ni selalu nampak Manusia berwatakkan seperti JIN.. dan gambaran dia JIN ada baik dan ada Jahat.. Anak Jin (belalang) menggunakan otaknya untuk menipu otak manusia berperangai JIN iaitu.. Badan dan Nyawa. hahahaha settle 1 observation. Doremi next!

P.Ramlee sekali lagi menceritakan bahawa jampi-jampi dan amalan nujum merupakan 1 penipuan. Sama seperti cerita DoReMi . Sekaligus menunjukkan juga masyarakat melayu yang mudah dimomok dengan cerita-cerita yang mereka tidak nampak dan tahu sekalipun semata-mata nak menjaga maruah diri sendiri.

Hakikatnya hidup perlu dirancang dan cara hidup perlu disusun.. Kalau kita fikirkan lebih dalam penyudahan kisah Pa' Belalang.. Akhirnya air itu mengeluarkan gambar. Ini selaras dengan Kun Fa Ya Kun.. Kalau Allah nak jadikan maka terjadi itu pun kerana Pa Belalang cuba menyelamatkan orang dan kerosakan dalam negeri itu. Tetapi jarang sekali berlaku kerana bukan itu kehendak Allah pada umat manusia.


P.Ramlee menegaskan disini, setiap orang ada rezekinya dan ada masa teruk dan ada masa baiknya. Pak belalang seorang yang tak dihormati langsung akhirnya menjadi orang yang dihormati, kuncinya adalah buatlah kerja berdasarkan bakat kurniaan Illahi. Bakat menipu itu, sekiranya diletakkan sesuai pada masa dan keadaannya, maka ia mampu memberi kebaikan kepada si pengguna bakat itu.

Menipu adalah sebuah bakat di mana , manusia mampu memanipulasi pemikiran orang lain dengan bermain kata-kata atau Psychology. Allah Maha Tahu. Assalamualaikum
Read More

Ahad, 21 April 2013

Persamaan Yin Yang dengan Kitab Suci Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang dan Yin, masih konsep yang sama iaitu Adam dan Hawa.. bermaksud 2 unsur yang berbeza, tak mungkin sama tetapi tidak mungkin akan terpisah.. atau lebih dikenali sebagai keterikatan sesuatu itu, apabila terpisah sama dengan JAHANAM.

Atau lebih mudah lagi, KOPI DAN SUSU.. Kalau kita letak lebih kopi, mestilah kita tak berani nak minum... sebab pahit.. kalau minum, mesti bawak kesan buruk macam hyperactive, takleh tido, kurus, dan angin.. SUSU pulak lebih baik, lagi banyak minum lebih banyak kesan baik dari buruk.. SAMA! (susu tu bukan susu tin)

Think deeper, WTH! (what the heaven!) Bumi ini jahanam? Kenapa Yang dan yin tak setabil?

Kenapa hari ni terlalu panas? Kenapa ada berlaku pembunuhan?? kenapa berlaku gay dan lesbian??? Apakah kegilaan ini???? BUKANKAH INI JAHILIAH IAITU SEZAMAN DENGAN APA YANG BERLAKU PADA ZAMAN NABI-NABI DAHULU??

"

Yang is the white side with the black dot on it, and yin is the black side with the white dot on it. The relationship between yin and yang is often described in terms of sunlight playing over a mountain and a valley.

Yin (literally the 'shady place' or 'north slope') is the dark area occluded by the mountain's bulk, while yang (literally the 'sunny place' or 'south slope') is the brightly lit portion.

As the sun moves across the sky, yin and yang gradually trade places with each other, revealing what was obscured and obscuring what was revealed.

Yin is characterized as slow, soft, yielding, diffuse, cold, wet, and passive; and is associated with water, earth, the moon, femininity and nighttime. (SIMBOL WANITA GITU)

Yang, by contrast, is fast, hard, solid, focused, hot, dry, and aggressive; and is associated with fire, sky, the sun, masculinity and daytime." (SIMBOL LELAKI LAK KAN?)


Jawapan bukanlah kita tak blaja teori yin yang.. atau teori Adam dan Hawa.. Tapi sebab dalam kestabilan bumi itu, tanggungjawab diserahkan kepada Manusia.. Kestabilan bumi, kita yang tentukan, kalau kita nak bumi tu dalam keadaan elok dan baik.. kita lebihkan pemutihan dari kegelapan..tanggungjawab kita tu.. kalau monyet dapat tanggungjawab tu, mesti diorang dah buat dah.. tapi sayang monyet tak dapat, so Allah bagi kat manusia....

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, lalu semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan khuatir akan mengkhianatinya. Tetapi manusia (berani) memikul amanat itu. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (lantaran ia tidak mengenal amanat itu dan menzalimi dirinya sendiri).Qs. Al-Ahzab [33]:72)

"DALAM BAIK AKAN ADA SEDIKIT JAHAT, SEKIRANYA SI BAIK TERLUPA PADA YANG SI JAHAT, MAKA SI JAHAT AKAN CUBA MENYAKITI SI BAIK DAN CUBA MENGAWAL SELURUHNYA SEHINGGA SI BAIK MENJADI JAHAT. SI BAIK MESTI BERHATI-HATI DAN BERUSAHA MENGAWAL SI JAHAT."

Keseimbangan malah pemutihan sekali-kali takkan berlaku kalau Manusia duduk diam...Kalau Rasulullah tak duduk diam.. kenapa perlu kita???

Kenapa orang bukan Islam berjaya berbanding Islam sebab?? diorang terus menerus buat kerja kegelapan dimana hitam lebih hitam dari putih..Dia naikkan martabat harta, pangkat, wanita, hiburan, dunia.. abislah kalau macam tu.. kalau kita tak habis, anak-anak kita yang habis! wow!!!!!

Ia seperti Cahaya dan Bayang-bayang... adakah Islam kita ini cahaya? atau bayang-bayang? Rasanya kita tahu bahawa sekarang Islam tak menjadi cahaya kerana kita umpama bayang.. berada dibawah dan dipijak-pijak setiap hari..

Keseimbangan itu telah berjaya dibuat malah di putihkan (sehingga tinggal setitik sahaja hitam iaitu orang-orang yang degil) oleh Rasulullah S.A.W malah pelaksanaannya itu mengalahkan 'sistem Viral FB like' hehehe. Rahmat menguasai seluruh Alam.. Segi pemahamannya.. Yin (Hitam) Yang(Putih) satu kitaran keseimbangan.. Jadi nak bawak Rahmat.. Yang Putih(Yang) harus lebih putih dari yang Hitam(Yin). Tetapi berhati-hati jangan rasa selamat sebab dalam Yang pasti dan yakin akan ada Yin.

Dalam kasar-kasarnya Adam, mesti ada sifat lembut (Hawa) dalamnya, tu sebab Syaitan berjaya mengalahkan Adam sebab dia berjaya memanipulasi dan mendominasikan sifat hawa dalam Adam yang dipanggil HAWA NAFSU!!! (siap effect echo!)

Make a question, adakah bumi kita lebih putih dari hitam??? Malas la nak cerita illuminati.. Itu la sebabnya Rasulullah kata Hari Kiamat berlaku apabila pemimpin lebih ramai PEREMPUAN dari LELAKI. Make comparison..

PEREMPUAN (Yin) / LELAKI (Yang) = ????????????????

Paling teruk bila LELAKI PERANGAI CAM PEREMPUAN hei!!! Keseimbangan dunia dah pecah la!!!

Jadi apa pencerahan (Yang) yang mampu mengembalikan semula bumi pada tempat asalnya atau tak zalim (tak meletakkan sesuatu pada tempatnya)


Rasulullah SAW bersabda :

وَقَدْ تَرَكْت فِيكُمْ مَا إنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَلَنْ تَضِلّوا أَبَدًا ، أَمْرًا بَيّنًا ، كِتَابَ اللّهِ وَسُنّةَ نَبِيّهِ

Sungguh telah aku tinggalkan bagi kalian yang jika kalian berpegang teguh dengannya kalian tidak akan tersesat selamanya, perkara yang yang jelas itu adalah Kitabullah & Sunnah nabi

APE YANG TINGGAL EK???? DAH NAMPAK SIKIT TU hehe THEN LELAKI AKAN KEMBALI PEGANG TANGGUNGJAWABNYA, PEREMPUAN AKAN KEMBALI PADA TANGGUNGJAWABNYA..SOLVE!

Maka akan berlaku Keseimbangan BUMI YEY!!!! Alhamdulillahirabbil Alamin...

(Pemikir...SpikeyFidz, 2013)

Segala kesilapan tatabahasa dan kadar banding adalah dari saya sendiri, jadi maafkan saya.. sorry tagging, aku tag sebab aku rasa korang suka ilmu :)
Read More

Khamis, 11 April 2013

Kunci apakah dalam Bismillah itu?



Bismillahirrahmanirrahim, mungkin kita mendengarnya sebagai 1 ungkapan biasa yang biasa kita baca setiap hari sehinggakan menjadi amalan mulut yang tidak terniat dihati.. Mengapa jadi begitu? kerana bahasa arab itu bukan bahasa kita.. seterusnya kita tidak mahu mengambil tahu dan mempersoalkan kenapa harus bismillahirrahmanirrahim..kenapa tidak bismillahalkarimulhakim ke...
Sudah tentulah ada rahsia yang disembunyikan Allah untuk ummat islam yang ingin mengikuti Al-Quran dan As-sunnah..

Kita kene tahu Sunnah dan Hadith adalah 2 perkara yang berbeza.. Sunnah itu adalah pelaksanaan Rasulullah menjalankan Wahyu Allah sehingga islam berada di tempat tertinggi sehingga pada zaman itu mampu melenyapkan Jahilliah (bodoh dan kegelapan) sehingga ramai percaya syurga bumi adalah di kota makkah.

Rasulullah bersabda selepas kejayaan Islam di kota makkah..
"kullu amrin zibalin layufda ufihi bibismillahi fahua abtaq"
“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.” Hadith Riwayat Iman Ahmad
Besarnya maksud mutasyabihat(tersirat) Bismillah ini sehingga apabila di bayyinatkan(dijelaskan) mampu meningkatkan keimanan para sahabat Rasul, Malah bismillah ini juga bukanlah digunakan oleh Nabi Muhammad sahaja, malah semua Nabi Allah.

Besarnya Bismillahirrahmanirrahim ini sehingga mampu membuka pintu keimanan bagi manusia yang mencari Allah dan tidak pernah mahu lari dari Al-Quran dan As-Sunnah dimana telah menjadi kewajipan kepada umat manusia beriman kepada keduanya supaya tidak sesat selama-lamanya.

Bismillahirrahmanirrahim itu membuktikan wujudnya Allah dan Allah menyuruh manusia berada di dalam Fitrah yang Haq dimana tidak memilih selain Allah.


Hampir keseluruhan ayat Quran dimulakan dengan Bismillah pada permulaannya, bahkan kita disuruh membaca Bismillah dalam apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan dunia ini. Malah pada permulaan Al-Quran iaitu Al-Fatihah ayat pertama no 1 adalah Bismillahirrahmanirrahim..

Namun pernahkah kita memahami maksudnya atau kita menjadi seekor burung kakak tua yang hanya mengikut-mengikut apa yang dilakukan oleh orang sebelum kita sedangkan kita tidak tahu sedikit pun maksud yang jelas mengenai Bismillahirrahmanirrahim..

Bismi = Dengan Nama
Allah = Allah
ArRahman = Maha Pemurah
ArRahim = Maha Penyayang

Mengikut susunan diatas, untuk memahami rahsianya perlulah dipecahkan kepada maksud asasnya..
Wujudnya Allah kerana ada Nama-Namanya kerana dari Nama-namanya sahajalah yang membuktikan sifat2Nya, Sifat Allah itu ada pada Nama-NamaNya.

Allah adalah nama dan zat Tuhan yang 1. Tiada Tuhan Melainkan dia..

Maha Pemurah.. kita kena tahu pemurahnya Allah itu dimana?

Maha Penyayang Allah itu perlulah didahulukan dengan pemahaman Maha Pemurahnya Allah..
Sama seperti ayat penciptaan "langit dan Bumi" maka kita dapat mengetahui dalam Quran itu yang mana dahulu itu, itulah yang pertama diciptakan.. langit dahulu barulah bumi.

Sama pada lafaz Bismillahirrahmanirrahim ini Maha Pemurah dahulu, barulah Maha Penyayang...
Maksudnya Fahami dahulu BUKTI PEMURAHNYA ALLAH barulah ALLAH SAYANG..

Nak mencari Pemurahnya Allah satu2nya bukti yang sahih adalah pada kitabAllah sendiri iaitu Al-Quran.. Maka apabila ada orang cuba menyampaikan maksud Bismillah kepada anda 1 hari nanti dengarkanlah dahulu, jangan di tuduh bermacam-macam agar semua mendapat RAHMAT Allah.. seterusnya barulah kita dikatakan Allah sebagai Makhluk yang BERSYUKUR...

 ''Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta
diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu
beroleh rahmat.'' 7:204

BISMILLAH IRRAHMAN IRRAHIM..

Read More