.
Memaparkan catatan dengan label jawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jawi. Papar semua catatan

Jumaat, 29 November 2013

Kelahiran Menurut Tahun Islam Atau Hijarah



Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..  

Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.  

Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.     Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..  

Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.  

Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.  

Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.  
Sya’aban


Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya danmudah mendapat rezeki.



Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.  

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.  

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.
Read More

Selasa, 15 Mei 2012

khat dan calligraphy

http://vectorise.net/
"Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati" – Amiera_ns.
seni membangkitkan nafsu kecintaan manusia kepada sesama manusia dan kecintaan kepada Allah iaitu menurusi silaturrahim islam.

Menurut pengkaji kesenian islam Dr Venetia Porter(Muzium British) menyatakan bahawa tulisan merupakan elemen penting bagi menyampaikan sesuatu kejadian yang berlaku.

Sistem tulisan Arab terdapat wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta. Hal ini yang menjadikan tulisan arab begitu popular merentasi benua dan diketahui oleh ummat manusia sedunia.
Ahli seniman Islam menjadikan objek yang berlegar di sekitar kosmos bersangkutan dengan keagungan Tuhan dan disinilah bermulanya seni kaligrafi islam bermula sejak islam dilahirkan.

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya.

Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12.

Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain.

Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.

Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.Antara seni khat yang masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riqa.

Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas.

Seni Khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal iaitu dalam konteks keIslaman (mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat). Kini, seni khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turrut dijadikan cenderamata untuk kenangan. Nafas baru dalam penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi.

Nama-nama besar di alam Melayu dalam bidang seni khat seperti Profesor Mohd Bukhari Lubis dan Imad, sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam ini berkesinambungan selamanya. Usaha Pak Matlob yang giat meneruskan kesinambungan sistem tulisan jawi (asas dalam seni khat) sesuatu yang amat membanggakan. Seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan kesenian unggul Islam seperti mereka. Sesungguhnya seni kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya.
 

Sumber : 
  1. http://www.ejawi.net/v3/
  2. http://callidesign.blogspot.com/2007/06/sejarah-ringkas-seni-khat.html

Read More