.
Memaparkan catatan dengan label dajal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dajal. Papar semua catatan

Selasa, 17 September 2013

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?


Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
 Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.
 Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)
 Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Tuhan Ra
Tuhan Osiris
 Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.
 Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.
Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.
Read More

Sabtu, 13 Julai 2013

Kamal Attartuk

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jamdisebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi namaEtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!


  • panjisemarang.blogspot.com/2012/10/rahsia-kamal-attartuk.html
  • akubudakseni.blogspot.com

iklan komiknetwork photo IKLAN-BLOGGER_zps0a0e7b30.gif
Read More

Isnin, 3 Jun 2013

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

    Penaklukan Baitulmuqaddis

“     Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

    Zina bermaharajalela

“     "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim     ”

    Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

“     “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.     ”

    Bermaharajalela alat muzik

“     Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah     ”

    Menghias masjid dan membanggakannya

“     Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.     ”

    Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]

“     Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim     ”

    Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
    Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik

“     Diriwayatkan dari Anas r.a.
"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq." - Riwayat Ibn Ady     ”

    Ramai orang soleh meninggal dunia

“     Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad     ”

    Orang hina mendapat kedudukan terhormat

“     Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani     ”

    Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]

“     "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad     ”

    Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]

“     Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."     ”

    Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan]

“     Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani     ”

    Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“     Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim     ”

    Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad     ”

    Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai- sila lihat Bumi Arab kembali subur

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim     ”

    Binatang buas berbicara dengan manusia - sila lihat Kisah serigala dengan gembala kambing

 Bulan terbelah dua - sila lihat Bulan Terbelah dua

 Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

    Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

“     Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari     ”

    Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai



Read More

Ahad, 13 Mei 2012

All Seeing Eye | Iluminati | Freemasonary

*The All-Seeing Eye, terletak di atas logo, mewakili kuasa melihat semua aktiviti yang dimiliki oleh Iblis, digambarkan selalu dengan lambang mata juga dikenali sebagai sebagai Eye of Horus (Mata Horus). Horus adalah salah satu Dewa orang Mesir Purba.

*Perkataan "I" menggambarkan sikap keangkuhan, sikap takbur atau KEAKUAN yang tinggi yang mendakwa memiliki kebijaksanaan di mana mereka bekerja bagi pihak Iblis untuk mencapai sistem ini.

*"Witch" adalah yang teramat penting, kerana New World Order hanya tercapai di atas asas-asas kesihiran, diamalkan dalam banyak bentuk-bentuk yang berbeza dan oleh berjuta-juta orang pada dua abad yang lepas. Ilmu Sihir atau Kesihiran tidak lebih atau kurang dari terma Penyembahan Kepada Iblis.

*Pada huruf-huruf "ITC" pada perkataan "Witch" seolah-olah mengalir darah merah; merupakan gambaran Marquis tentang darah manusia yang telah tumpah dan mengalir
dan yang akan dirancang untuk mengalir, untuk memastikan sistem ini berjalan lancar. Perlu diperhatikan bahawa darah ini mengalir di atas dan mengelilingi "The Illuminati". Ketiga-tiga aliran darah ini bercampur di atas mazbah (altar) Iblis dan menutupi logo ini.Orang-orang Kristian tidak seharusnya terkejut kerana kebanyakan ramalan Injil berkata tentang penderitaan dan pembunuhan besar ketika Great Tribulation (Kesengsaraan Besar).

Lingkaran yang terluar memperlihatkan banyak organisasi yang mana berusaha secara giat dan bekerjasama untuk menjayakan New World Order. Mereka ialah:

*Gereja Roman Katolik
*Satanisme (Penyembahan kepada unsur-unsur Iblis)
*Pergerakan rahsia (Secret Society) yang digelar 'Rosicrucianism'
*D & D (Permainan Dungeon & Dragon) Nota: Sistem permainan ini adalah manual panduan yang lengkap kepada amalan Satanisme.

*Hari Sabbath Satanic (Lapan Hari Suci setiap tahun, setiap satunya menghendaki korban manusia)
*Huruf-huruf Yahudi yang tertulis di antara perkataan-perkataan Inggeris adalah daripada Jewish Secret Society (pergerakan rahsia Yahudi), Kabbala. Tulisan ini, "Witchcraft Today For As Much Within Ancient Babylon" terjemahan dalam bahasa Inggeris bermaksud amalan sihir pada hari ini adalah sama dengan amalan sihir dan pemujaan syaitan yang diamalkan pada era Babilon Kuno. Lebih jauh, mesej keyahudian ini ditulis dalam posisi songsang, dalam tradisi kuno Satanisme.Kabbala Yahudi adalah yang paling berpengaruh dari semua 'secret society' dalam matlamat merealisasikan New World Order.

Lingkaran kedua terdiri daripada aktiviti manusia yang paling berpengaruh. Organisasi/kekuatan tersebut adalah:

*Illuminati, (pergerakan rahsia yang mengambil model pergerakan Jesuit Roman Katolik)
Dari penubuhannya pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt, pertubuhan ini telah pun aktif dalam hal-hal penyembahan syaitan dan membangunkan plan untuk penubuhan New World Order.

*Masons (Freemasonry)

Freemasonry telah lama menjadi 'occult secret society' dengan banyak matlamat ke arah New World Order. Walau bagaimanapun Masons mengajar bahawa semua perubahan yang diperlukan dalam New World Order haruslah berlangsung dalam keadaan semulajadi, sebagai keputusan dari 'evolusi manusia'. Dari tahun 1777-1782, pengikut-pengikut Weishaupt telah menyeludup ke setiap Lodge-lodge Masonic di Eropah dengan tujuan untuk menyusup idea kepada revolusi sebenar menjadi keperluan untuk menempatkan perubahan ini. Dalam tahun 1782, Freemasonry telah membuat persetujuan dengan Illuminati sebagai keperluan kepada revolusi, menandatangani sebagai pembantu Illuminati dalam matlamat kepada New World Order.Apabila Illuminati tidak lagi diperlukan dalam tujuan ini, Freemasonry telah menjadi pemimpin yang tidak dapat ditandingi dalam pergerakan New World Order.

*Two Seals of Our Doom (The Two Great Seals of The United States-dua mohor agung Amerika Syarikat)

Pemimpin Masonic di Benua Eropah percaya mereka harus menemukan benua Amerika Utara sebagai 'Atlantis yang baru'(New Atlantis). Atlantis yang baru ini haruslah memimpin dunia ke arah New World Order. Amerika Syarikat adalah sesuatu yang amat-amat penting secara kritikalnya untuk mencapai tujuan secara unsur-unsur ghaib; Great Seals yang telah dicipta dihantar kepada Thomas Jefferson untuk memastikan bahawa Amerika maju mengikut 'occult plan'.Ini adalah mengapa Marquis menempatkan dua 'Great Seals of The United States' di atas altar Iblis. Darah yang mengalir dari altar di antara mohor-mohor tersebut adalah simbolik kepada berjuta-juta orang yang terbunuh pada abad ke-20 untuk memajukan New World Order, dan berbilion-bilion lagi yang dirancang akan mati pada masa hadapan.

*The House of Rosthchild

Visi kesyaitanan untuk New World Order tidak akan dapat direalisasikan tanpa sumbangan kewangan yang besar dari Rothschild Family.

Satu daripada penyokong Weishaupt yang bermakna adalah Mr. Rothschild. Keluarga Kaya tidak boleh tidak diperlukan dalam sistem syaitan ini.Tetapi mengapa penganut Kristian harus terkejut kerana di dalam Bible ada tertulis, "the love of money is the root of all evil(2 Timothy 6:10)" (cinta kepada wang adalah sumber segala kejahatan). Sesungguhnya, sistem syaitan ini dalam seluruh sejarah bermula dengan teguh dan mendalam pada kecintaan terhadap wang. Keluarga Rothschild adalah satu dari contoh utama dari Kesihiran Bergenerasi (Generational witchcraft (Exodus 20:3-5). Satu contoh utama dari keluarga di Amerika yang terlibat amat jauh dalam soal ini adalah Rockefeller Family, juga penglibatan mereka amat berat dalam pengamalan sihir.

*Industri Muzik Rock n Roll

Bekas seorang Luciferian seperti Marquis semestinya tidak mempunyai masalah dalam memahami bahawa Rock n Roll adalah benar-benar, kesihiran yang tidak berselindung. Penulis-penulis kristian pada masa lepas telah membuat semacam kenyataan, hanya untuk ditertawakan oleh para remaja yang cintakan muzik mereka. Rock n Roll adalah medium yang sempurna untuk Satanism mengajar pemuda-pemudi untuk perlahan-lahan menerima Satanisme. Matlamat ini disempurnakan melalui mempengaruhi minda manusia kepada 'tahap kesedaran' yang lebih tinggi (mild hypnosis) jadi Satanisme ini dapat menyuntik ke dalam minda bawah sedar mereka secara senyap-senyap.Rock n Roll menyediakan dua keseluruhan generasi kanak-kanak kepada nilai-nilai di dalam New World Order.

*The Black Pope

Pada tahun 1541, Paus telah mencipta satu pergerakan rahsia bersifat satanisme yang dikenali sebagai Jesuit. Tujuan penubuhan Jesuit adalah untuk menentang kebangkitan Reformation, menghapuskan semua 'orang kafir' dan pada amnya bersedia untuk memerangi musuh-musuh gereja. Jesuit ini berada sepenuhnya dalam kawalan seorang Jeneral yang digelar 'The Black Pope'. Black Pope ini adalah satu ciri dalam Black Arts of Satanisme. Ketika Jesuit ini terikat untuk patuh kepada kedua-dua 'Black Pope/White Pope', Black Pope tersebut mula percaya untuk menggunakan kuasa yang sebenar di dalam Vatican, bermula pada awal tahun 1700-an. Black Pope kemudiannya bergerak kepada Gereja R.C jauh kepada pengamalan sihir.

Tujuan secara rasminya mengambil alih R.C Church For Satan telah pun sampai ke peringkat yang terakhir di mana Public Pope telah menggunakan patung salib yang tidak tradisional, dikenali sebagai Twisted Cross. Twisted Cross ini telah dicipta oleh golongan penyembah syaitan pada Era Pertengahan (Middle Age) sebagai simbol Anti-Christ.Dengan demikian, apabila Paus John Paul II memegang Twisted Cross tersebut sebagai mewakili kepercayaan iman, sebagaimana dia melakukannya secara berterusan, mereka tidak diketahui sama ada tunduk kepada simbol Anti-Christ. Ini adalah sesuau yang tidak pernah terjadi di dalam sejarah dunia yang mengukuhkan ramalan di dalam Bible yang mengatakan permulaan Kesengsaraan Besar (The Great Tribulation) pada amnya dan Paus Roman Katolik sebagai nabi palsu secara spesifik.

Lingkaran Dalam Syaitan

Perhatikan sebuah Heksagram di mana altar Syaitan terletak.Apabila heksagram ini dikelilingi dengan satu lingkaran, ia menjadi sebuah Perangkap Syaitan/Kejahatan yang mana diketahui oleh kita adalah alat yang paling berkuasa memungkinkan untuk menjelmakan satu syaitan jadi dia (syaitan itu) akan dipaksa berbuat apa yang Ahli Sihir mahu dia berbuat. Oleh yang demikian, kita mempunyai syaitan yang ditunjukkan di atas seluruh Plan Tatabaru Dunia ini (The All-Seeing Eye) dan di dalam teras dalam (Perangkap Kejahatan/Syaitan).

Altar (mazbah pemujaan) Syaitan adalah signifikan yang terpenting. Korban manusia diperlukan di atas altar ini,sebagai tanda kebencian kepada Tuhan dari setiap jalur yang dapat difikirkan. Marquis memilih untuk menjelaskan perkara ini melalui darah manusia yang bercampur-baur di atas altar dan Salib Terbalik di sebelahnya. Kepentingan penglibatan Amerika Syarikat dalam plan ini secara jelasnya ditunjukkan melalui 'Two Seals Of Our Doom'.

Sekarang, kita ambil langkah ke belakang dan melihat organisasi yang terkandung di dalam Great New World Order Seal ini, dari sudut yang lain. Apabila Tatabaru Dunia ini mengandungi tiga elemen yang berlainan-Spiritual/Politik/Ekonomi, biarkan kita memeriksa setiap organisasi untuk menunjukkandi mana setiap organisasi ini mewakili:

1. Elemen Spiritual

*Syaitan/Iblis-diwakili oleh All-Seeing Eye, altar dan Perangkap Syaitan.
*Pergerakan Rahsia(secret Society)-Illuminati, Rosicrucian dan Freemason.
*Institusi Roman Katolik-Greja Katolik dan 'Black Jesuit Pope'.
*Industri Muzik Rock n Roll
*Permainan Dungeons n Dragons.

2. Elemen Ekonomi

*The House of Rothschild

3. Elemen Politik

*Amerika Syarikat-diwakili oleh dua Mohor Agung (Two Great Seals)

Bukankah berbahaya mendedahkan yang hanya satu entiti politik yang mana Marquis telah senaraikan sebagai bahagian yang penting ke arah New World Order adalah Amerika Syarikat?Tambahan pula, negara ini disenaraikan sebagai mohor rasmi altar Iblis, sebagai hati dan jantung Iblis.

Mengapa hanya Amerika Syarikat?Di sana terdapat lebih jahat dan lebih kejam di masa abad ke 20 yang kejam ini.
Sebagai contoh:

Kesatuan Soviet Union(USSR)
Menjadi sebuah Empayar Atheis(tidak percaya kepada ketuhanan), Komunisme telah membunuh lebih 200 juta orang dan memenjarakan lebih sepuluh juta orang. Mereka juga menyerang orang-orang Yahudi. Mereka telah dipertanggungjawabkan kepada kesedihan yang tidak terperi dan kematian pada lewat 80 tahun yang lepas.

Tetapi, yang paling penting matlamat mereka dan cara mereka menyerupai Illuminati!Mengapa Doc Marquis, seorang Luciferian Illuminist yang berpengetahuan tidak menyenaraikan USSR di carta NWO?

mungkinkah dia tahu apa yang kita tidak tahu?

Nazi Jerman dan Adolf Hitler

Hitler dan kerajaannya diketahui menyembah syaitan. Pada perhimpunan-perhimpunan raksasa, mereka telah menggalakkan ornag-orang Jerman ke dalam penyembahan syaitan yang sebenar. Mesin perang Nazi terjun ke dalam peperangan terbesar dalam sejarah dunia, dan direka untuk membunuh manusia secara sistematik.

Tetapi yang paling penting tujuan mereka adalah ke arah New World Order. Hitler telah berkali-kali menamakan sistem baru yang ingin diciptanya sebagai Tatabaru Dunia.

Bila anda memahami mengapa hanya Amerika yang tersenarai di dalam Carta Organisasi Tatabaru Dunia ini, anda akan terasa pelik mengapa anda harus menafikannya.
Read More