وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ(٥٨
(Az-Zariyat 51:56-58)
Jelas.
Manusia diciptakan untuk BERIBADAT. Ibadat yang bagaimana? Sembahyang
semata-mata? Tidak. Tidak sesempit itu maksud ibadat. Yang menyempitkan
erti ibadat itu ialah pemikiran manusia yang sempit akibat kurang
kefahaman dalam agama.
Ibadah khusus: Ibadah
yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam dan
juga seumpamanya seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya.
Ibadah umum: Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas yang dilakukan semata-semata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.
Jadi, mudah
bukan. Niatkanlah setiap perbuatan itu untuk mencari keredhaan Allah
s.w.t. Contohnya, makan. Niatkan setiap kali kita makan itu untuk
mendapatkan tenaga agar boleh melakukan ibadat khusus dan kebaikan di
muka bumi semata-mata untuk redha Allah. Begitu juga dengan tidur,
belajar, berjalan, menonton televisyen dan lain-lain.
Gamers! Cuba fikirkan bagaimana bermain games boleh mendapat keredhaan Allah. Kalau ada, silalah bermain. Kalau tiada, hentikan.
Manusia sering terkeliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Manusia
samar-samar dalam mencari tujuan mereka diciptakan, tujuan mereka
dilahirkan ke dunia. Dalam kesamaran dan kegelapan, manusia
terkapai-kapai, cuba menggapai identiti diri. Sehingga akhirnya mereka
mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.
ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا. رواه البخاري ومسلم
“…kemudian
dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh
dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi
Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak
antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu
dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu
akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan
neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan
tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia
memasuki syurga.”
(HR Bukhari. Hadith No.4, Hadith 40 An-Nawawi)
“Rezeki sudah
ditetapkan. Mengapa perlu cari lagi? Kebahagiaan di dunia sudah
ditetapkan. Mengapa perlu risau lagi? Duduk sajalah di rumah menunggu
rezeki dan kebahagiaan dunia datang bergolek” Sebuah provokasi yang
membingungkan manusia.
Bukan itu yang
dimaksudkan dengan hadith di atas. Hatta rezeki untuk seekor burung
tiong pun memang sudah ditetapkan, tetapi ulat beluncas tidak akan masuk
dengan sendirinya ke dalam mulut tiong. Begitu juga manusia. Rezeki
sudah ditetapkan, carilah ia. Tapi ingat, mencari rezeki bukan tujuan manusia diciptakan, tetapi pengabdian kepada Allah. Ini yang sering mengelirukan manusia, menipu manusia agar mengejar kemewahan dunia.
Kejarlah kemewahan dunia tetapi kegagalan itu pasti jika ia bukan rezeki mu.http://nagaokamasjid.wordpress.com/2009/10/29/siri-isk-5/
0 comments:
Catat Ulasan