Jerawat biasanya tumbuh kerana faktor
hormon dan juga kebersihan kulit. Fahaman kita mengatakan kulit yang
terdedah kepada serangan bakteria dan berminyak memang mudah ditumbuhi
jerawat. Tapi tahukah kita, setiap jerawat yang tumbuh itu mempunyai
rahsia mengikut lokasi dimana ia tumbuh.
1) DAHI:
Haba badan melampau, peredaran darah
tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih dan stress.
Kumpulan ini biasanya panas baran. Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal.
Dapatkan tidur yang cukup danjangan lupa minum air yang banyak.
2) HIDUNG:
Jerawat di batang hidung bermaksud
tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana
haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu
hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.
3) DAGU:
Fungsi buah pinggang terjejas atau
sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat
jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak
teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
4) PIPI KIRI:
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk menghadapi masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan hemoglobin darah.
5) PIPI KANAN:
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
6) PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN):
Sistem perkumuhan yang bermasalah,
sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan
bagi memmastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Bukan saja tahi lalat je ada rahsianya,
jerawat pon ada rahsia tersendiri. Tapi sejauh mana kebenaran tu kurang
pasti lah kan sebab kadang kadang tak da jerawat pon boleh je terdedah
dengan masalah masalah kesihatan.
http://selangor2u.com/blog/2011/03/rahsia-disebalik-jerawat-yang-tumbuh/
http://selangor2u.com/blog/2011/03/rahsia-disebalik-jerawat-yang-tumbuh/
0 comments:
Catat Ulasan