Kesesatan kaum Bani Israil
bagaimanapun tidak mampu ditangani oleh adik kandung Nabi Musa iaitu
Nabi Harun. Diriwayatkan, sebelum Nabi Musa pergi ke Bukit Sina untuk
bermunajat kepada Allah swt, Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa
untuk membimbing kaumnya. Namun kedegilan kaum yang paling banyak
diceritakan dalam al-Quran ini tidak mampu dinasihati oleh Nabi Allah
Harun. Bahkan, Harun as diherdik dan dicerca oleh kaumnya sendiri.
Bergitulah hebatnya tipu helah Samiri yang mampu memperok-perandakan
keimanan kaum Bani Israil. Maka, siapakah Samiri ini?
Ayat al-Quran yang menyatakan Samiri
Dalam surah Thaahaa, ada merakamkan
dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa as terhadap lelaki
kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup
berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua
tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan
kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.
95. Berkata Musa: “Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?”96. Samiri menjawab: “Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku.”97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).Surah Thaahaa ayat 95-97
Penjelasan Surah Thaahaa ayat 95-97
Ancaman Musa as
Dalam ayat 95, Nabi Musa telah bertanya kepada Samiri dengan nada yang keras dan bersifat mengancam.
Kemudian, pada ayat 96, ahli tafsir
muktabar seperti Ibnu Kathir(1301-1373) dan Ath-Tabari (838–923)
berpendapat bahawa Samiri telah mendedahkan rahsia ilmu sihirnya. Pada
ayat ‘Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya’ ,
Ibnu Kathir dalam tafsir ulungnya telah memberi penjelasan bahawa
Samiri telah melihat Jibrail as datang dengan kuda tunggangannya, Haizum
untuk membinasakan Firaun sedangkan kaum Bani Israil tidak melihatnya.
Besar kemungkinan ia terjadi semasa Nabi
Musa dan Bani Israil melarikan diri secara besar-besaran daripada bumi
Mesir. Akibat kekalutan tersebut, kaum Bani Israil yang beribu-ribu
orang tidak menyedari kehadiran Jibrail yang menyerupai manusia.
Terbina patung sapi betina daripada jejak kuda Jibrail as
Pada ayat “aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya”, Ibnu
Kathir memberi penjelasan yang antara lain membawa maksud bahawa jejak
rasul tersebut adalah jejak kuda tunggangan Jibrail as. Ia diterima
secara umum oleh ahli-ahli tafsir lain selepas Ibnu Kathir.
Manakala, apa dimaksudkan dengan “segengam dari jejak rasul”
itu adalah Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh
kuda Jibrail as. Menurut ulama tafsir terkemuka, Mujahid, segenggam
tanah bererti sepenuh tapak tangan dan genggaman itu dengan menggunakan
ujung jari-jarinya. Samiri kemudian menggunakan ilmu sihirnya untuk
membentuk sapi emas yang mampu mengeluarkan suara.
Samiri dilaknat oleh Allah swt
Dalam ayat 97, ada ayat yang berbunyi, “Janganlah menyentuh (aku)”.
Menurut Ibnu Kathir, Samiri telah diusir daripada khalayak ramai
sehingga beliau tidak mampu menyentuh orang lain dan orang lain pula
tidak mampu menyentuhnya kerana kuatir akan menimbulkan kemudratan
kepada kedua-dua pihak.
Besar kemungkinan Samiri telah dilaknat
Allah swt dengan Allah swt telah menurunkan penyakit memberhaya
kepadanya seperti penyakit kusta atau wabak yang berjangkit. Menurut
ulama tafsir lain seperti Ibnu Ishq dan Ath-Thabari, Samiri telah
dihukum oleh Allah swt atas kekafirannya dengan seksaan di dunia dan di
akhirat. Tambah mereka lagi, hukuman di akhirat pasti lebih dashyat
dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.
Siapakah Samiri?
Penyusun kitab Siratu Rasulullah, Muhammad Ibnu Ishaq(704M-767M) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan, “
Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum
yang menyembah berhala. Dalam dirinya telah tertanam kecintaan kepada
penyembahan terhadap patung dan berhala sapi. Samiri menampakkan dirinya
adalah pengikut Musa as(Islam) di hadapan kaum Bani Israil namun
hatinya bergelojak dengan kepercayaan nenek-moyangnya. Menurut Muhammad
Ibnu Ishaq, Samiri adalah nama panggilan bagi seorang individu kufur
bernama Musa bin Zhufar.”
Qatadah ibnu al-Nu’man, salah seorang sahabat besar Rasulullah saw daripada golongan Ansar telah berkata, “Samiri berasal daripada negeri Samir(Sumaria).”
Bagi ahli sejarah ketemporari, mereka
berpendapat bahawa Samiri telah menyesatkan kaum Bani Israil dengan
membina samaada patung Hathor atau Hapis. Kedua-dua patung tersebut
adalah berhala sembahan masyarakat Mesir Purba.
Hathor adalah dewa
perempuan yang menjadi sembahan turun temurun masyarakat Mesir Purba.
Hathor digambarkan sebagai sapi betina dengan kepalanya dihiasi dengan
cakera matahari.
Manakala Hapis
adalah patung sembahan berupa lembu jantan yang menjadi alat sembahan
masyarakat Mesir Purba di wilayah Memphis. Berhala Hapis telah pun
disembah sejak Dinasti Kedua kerajaan Mesir Purba.
Samiri adalah Dajal?
Terdapat dakwaan mengatakan Samiri adalah
dajjal yang datang untuk menyesatkan kaum Bani Israil. Pendapat ini
pertama kali disuarakan oleh pengarang buku terkenal, Muhammad Isa
Dawud. Identiti Samiri yang misteri dan dikatakan memiliki ilmu sihir
yang tinggi membolehkan ia dikaitkan dengan al-Masih Dajjal. Sejauh mana
kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana samaada
al-Quran atau hadis tidak terdapat satu pun yang mengatakan Samiri
adalah Dajjal laknatullah.
Samiri versi kitab Taurat
Dalam kitab Taurat, Samiri yang
dimaksudkan dalam al-Quran adalah nabi Harun sendiri. Dalam kitab
tersebut, Bani Israil dikatakan meminta nabi Harun untuk ‘mencipta’
tuhan untuk mereka. Untuk memenuhi hasrat mereka, nabi Harun kemudian
menyuruh bani Israil mengumpul subang emas untuk dileburkan menjadi sapi
emas. Nabi Harun kemudian membina altar di hadapan sapi emas tersebut
bagi tujuan penyembahan.
32:1 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: “Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir–kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan diaGenesis 32:1
Sepertimana kisah Samiri dalam al-Quran,
nabi Harun telah dikatakan menyesatkan kaumnya sendiri dengan mengadakan
pesta besar-besaran dihadapan sapi emas ajaib tersebut. Versi kitab
Taurat ditolak bulat-bulat ajaran Islam. Ajaran Islam menolak versi
tersebut kerana ia terang-terang menidakkan martabat seorang Rasul
Allah.
Extra
Sejak turun-temurun, orang Islam
mempercayai bahawa sebuah formasi batuan seperti lembu di Mesir adalah
patung yang diukir oleh Samiri. Benarkah ia adalah patung yang diukir
oleh Samiri?
Dalam al-Quran, Allah swt telah jelas
memberitahu dalam surah Thaahaa ayat 97 bahawa Nabi Musa as telah
membakar patung tersebut menjadi keping-kepingan dan membuangnya ke
dalam lautan.
97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).
Maka, kepercayaan turun-temurun umat
Islam terhadap formasi batuan tersebut sangat jelas menyalahi apa yang
diperkatakan di dalam kitab suci al-Quran. Ternyata kepercayaan umat
Islam secara keseluruhannya selama ini tidak berfakta dan hanya
mendengar cerita lisan masyarakat setempat tanpa merujuk al-Quran.
Waallahualam.
retrieve dari : http://takusahrisau.wordpress.com/2011/04/27/samiri-yang-misteri-siapakah-samiri/
Sumber lain : http://id.wikipedia.org/wiki/Samiri
Sumber lain : http://id.wikipedia.org/wiki/Samiri
0 comments:
Catat Ulasan