https://www.eiu.com |
“Memisahkan agama dan politik dipanggil sekular. Perkataan sekular berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum
yang bemaksud kata waktu( a time word). Ia boleh diartikan sebagai satu
zaman yang sangat panjang. Di dalam satu zaman yang sangat panjang ini,
sekularisasi di dalam politik bermaksud tidak ada seorangpun yang boleh
memerintah dengan ‘autoriti hak tuhan’.
Kepercayaan kepercayaan ini mulai
disemai bermula tahun 1804 hingga 1872 oleh guru Karl Marx yang bernama
Ludwig Feurbach. Kemudian timbul pula para teologi kematian tuhan
seperti Karl Barth (1886-1968), Dietrich Bonhoeffer (1906-1945), Paul
van Buren, Thomas Altizer, Gabriel Vahanian, William Hamilton, Woolwich,
Werner dan Lotte Pelz.
Bagi mereka ini semua, ‘tuhan telah mati’
atau ‘agama adalah ketidakpercayaan’(religion as unbelief). Mereka
menyeru orang orang kristian dengan satu pendekatan baru iaitu,
‘kristian tanpa agama’(a religionsless Christianity) dan menganggap
‘kematian tuhan’ adalah satu budaya.
Bagi mereka jika gereja memerintah negara akan berlaku kepincangan yang sangat dahsyat. Mereka percaya akan berlaku konflik dan banyak sekatan akan muncul jika para paderi dikaitkan dalam pemerintahan.
Lantaran itu pihak barat mula memisahkan para paderi dan gereja dari kehidupan bernegara. Jadi ‘solution’nya adalah sekularisme. Mereka mula meminggirkan kehidupan agama mereka dari tampuk politik. Maka mereka bebas perbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.
Malang sekali fahaman fahaman ini mula diadaptasi oleh sarjana sarjana Islam. Mohamad Arkoun misalnya menganggap, sekularisme dalam pentadibran negara akan membebaskan manusia dari kekangan ideologi. Senada dengannya adalah Nasr Hamid Abu Zayd. Malah ramai sarjana sarjana Islam mula tertarik dengan fahaman memisahkan agama dan politik, bertitik tolak dari fahaman mereka berdua. LEBIH BACAAN | DONATE
http://darululumonline.wordpress.com/2010/04/25/asal-usul-memisahkan-politik-daripada-agama/
0 comments:
Catat Ulasan