.
Memaparkan catatan dengan label sekular. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekular. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2013

Apa itu LOREM IPSUM

 

 

"Neque porro quisquam est qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit..."

"Tiada siapa yang suka pada sakit, yang ingin mencari penyakit and ingin berpenyakit, hanya kerana ianya sakit..."
Lorem Ipsum adalah text contoh digunakan didalam industri pencetakan dan typesetting. Lorem Ipsum telah menjadi text contoh semenjak tahun ke 1500an, apabila pencetak yang kurang terkenal mengambil sebuah galeri cetak dan merobakanya menjadi satu buku spesimen. Ia telah bertahan bukan hanya selama lima kurun, tetapi telah melonjak ke era typesetting elektronik, dengan tiada perubahan ketara. Ia telah dipopularkan pada tahun 1960an dengan penerbitan Letraset yang mebawa kangungan Lorem Ipsum, dan lebih terkini dengan sofwer pencetakan desktop seperti Aldus PageMaker yang telah menyertakan satu versi Lorem Ipsum.
Adalah menjadi satu fakta bahawa pembaca akan terganggu oleh text yang boleh difahami apabila melihat susunan mukasurat. Kegunaan Lorem Ipsum adalah kerana ia mempunyai susunan ayat yang kelihatan normal, yang lebih menarik berbeza dengan "Contoh disini, contoh disini". Ia menyerupai text yang boleh dibaca dalam bahasa Inggeris. Banyak pakej pencetakan desktop dan editor web sekarang menggunakan Lorem Ipsum sebagai model text, dan satu search "Lorem Ipsum" dapat memperlihatkan sejumlah website yang masih dalam persiapan. Pelbagai versi telah timbul dalam tahun tahun yang lepas, kadangkala secara sepontan, dan kadangkala di sengajakan (seperti selitan lawak jenaka dan sebagainya).

Berbeza dari pendapat umum yang popular, Lorem Ipsum bukan karya text secara rambang. Ia menpunyai asal usul dari secebis sastera klasik Latin dari kurun 45 TM (Tahum Masihi) , menjadikan ia karya berusia lebih 2000 tahun. Richard McClintock, seorang professor bahasa di Latin di Hampden-Sydney College in Virginia, USA, telah menyelidik salah satu ayat Latin yang kurang difahami, "consectetur" dan dalam menelitikan pengunaan perkataan ini dalam karya klasikal, telah menjumpai asal perkataan "consectetur" ini. Lorem Ipsum berasal dari seksyen 1.10.32 dan 1.10.33 karya "de Finibus Bonorum et Malorum" (Kebaikan dan Kejahan Yang Ekstrim) oleh Cicero, ditulis pada 45 SM. Buku ini ialah satu peniliitian tentang teori etika, dan amat popular pada zaman Renaissance. Ayat pertama Lorem Ipsum, "Lorem ipsum dolor sit amet..", datangnya dari ayat terkadung didalam seksyen 1.10.32.

Sejumlah text seragam Lorem Ipsum yang digunakan semenjak 1500an di terbitkan di bawah ini untuk mereka yang berminat. Seksyen 1.10.32 dan 1.10.33 from "de Finibus Bonorum et Malorum" oleh Cicero juga disertakan seperti kandungan asal, dan disusuli dengan versi Inggeris semenjak tahun 1914, yang di terjemah oleh H. Rackham.
Ada banyak versi dari mukasurat-mukasurat Lorem Ipsum yang sedia ada, tetapi kebanyakkannya telah diubahsuai, lawak jenaka diselitkan, atau ayat ayat yang di sertakan secara rambang yang lansung tidak munasabah. Jika anda ingin menggunakan Lorem Ipsum, anda perlu memastikan bahwa tiada apa yang memalukan akan terselit didalam di tengah tengah kandungan text. Semua injin Lorem Ipsum didalam Internet hanya mengulangi text, sekaligus menjadikan injin kami sebagai yang terunggul dan tepat sekali di Internet. Ia menggunakan kamus yang mengandungi lebih 200 ayat Latin, bersama model dan struktur ayat Latin, untuk menghasilkan Lorem Ipsum yang munasabah. Hasil pengeluaran Lorem Ipsum kami adalah bebas dari ulangan ungkapan-ungkapan, lawak jenaka atau ayat ayat yang tidak bercirikan bahasa latin.


TRASLASI DARI LOREM IPSUM

Paragraf seragam Lorem Ipsum, di gunakan semenjak tahun-tahun 1500an

"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum."

Seksyen 1.10.32 dari "de Finibus Bonorum et Malorum", karya Cicero pada in 45 SM

"Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae ab illo inventore veritatis et quasi architecto beatae vitae dicta sunt explicabo. Nemo enim ipsam voluptatem quia voluptas sit aspernatur aut odit aut fugit, sed quia consequuntur magni dolores eos qui ratione voluptatem sequi nesciunt. Neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam eius modi tempora incidunt ut labore et dolore magnam aliquam quaerat voluptatem. Ut enim ad minima veniam, quis nostrum exercitationem ullam corporis suscipit laboriosam, nisi ut aliquid ex ea commodi consequatur? Quis autem vel eum iure reprehenderit qui in ea voluptate velit esse quam nihil molestiae consequatur, vel illum qui dolorem eum fugiat quo voluptas nulla pariatur?"

Terjemahan 1914 oleh H. Rackham

"But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain of itself, because it is pain, but because occasionally circumstances occur in which toil and pain can procure him some great pleasure. To take a trivial example, which of us ever undertakes laborious physical exercise, except to obtain some advantage from it? But who has any right to find fault with a man who chooses to enjoy a pleasure that has no annoying consequences, or one who avoids a pain that produces no resultant pleasure?"

Seksyen 1.10.33 dari "de Finibus Bonorum et Malorum", karya Cicero pada in 45 SM

"At vero eos et accusamus et iusto odio dignissimos ducimus qui blanditiis praesentium voluptatum deleniti atque corrupti quos dolores et quas molestias excepturi sint occaecati cupiditate non provident, similique sunt in culpa qui officia deserunt mollitia animi, id est laborum et dolorum fuga. Et harum quidem rerum facilis est et expedita distinctio. Nam libero tempore, cum soluta nobis est eligendi optio cumque nihil impedit quo minus id quod maxime placeat facere possimus, omnis voluptas assumenda est, omnis dolor repellendus. Temporibus autem quibusdam et aut officiis debitis aut rerum necessitatibus saepe eveniet ut et voluptates repudiandae sint et molestiae non recusandae. Itaque earum rerum hic tenetur a sapiente delectus, ut aut reiciendis voluptatibus maiores alias consequatur aut perferendis doloribus asperiores repellat."

Terjemahan 1914 oleh H. Rackham

"On the other hand, we denounce with righteous indignation and dislike men who are so beguiled and demoralized by the charms of pleasure of the moment, so blinded by desire, that they cannot foresee the pain and trouble that are bound to ensue; and equal blame belongs to those who fail in their duty through weakness of will, which is the same as saying through shrinking from toil and pain. These cases are perfectly simple and easy to distinguish. In a free hour, when our power of choice is untrammelled and when nothing prevents our being able to do what we like best, every pleasure is to be welcomed and every pain avoided. But in certain circumstances and owing to the claims of duty or the obligations of business it will frequently occur that pleasures have to be repudiated and annoyances accepted. The wise man therefore always holds in these matters to this principle of selection: he rejects pleasures to secure other greater pleasures, or else he endures pains to avoid worse pains."

"Tetapi, saya perlu menjelaskan kepada anda bagaimana semua ini idea daripada tersilap mengecam keseronokan dan memuji sakit dilahirkan dan saya akan memberikan anda satu akaun lengkap sistem, dan menjelaskan ajaran sebenar explorer besar kebenaran, tuan-pembina kebahagiaan manusia. Tiada siapa yang menolak, tidak suka, atau mengelakkan keseronokan itu sendiri, kerana ia adalah keseronokan, tetapi kerana orang-orang yang tidak tahu bagaimana untuk meneruskan keseronokan rasional menghadapi akibat yang amat menyakitkan. Nor lagi ada sesiapa yang suka atau mengejar atau berhasrat untuk mendapatkan kesakitan sendiri, kerana ia adalah sakit, tetapi kerana kadang-kadang berlaku keadaan di mana kesusahan dan kesakitan boleh mendapatkan kepadanya beberapa keseronokan yang hebat. untuk mengambil satu contoh yang remeh, yang mana satu kita pernah menjalankan latihan fizikal yang susah payah, kecuali untuk mendapatkan beberapa kelebihan daripadanya? tetapi yang mempunyai apa-apa hak untuk mencari kesalahan dengan seorang lelaki yang memilih untuk menikmati keseronokan yang tidak mempunyai kesan menjengkelkan, atau orang yang mengelakkan sakit yang tidak menghasilkan keseronokan yang terhasil? "
Read More

Isnin, 3 Jun 2013

Agen Jepun Semasa Perang Dunia Ke II

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, populasi warga Jepun di Malaya tersangat ramai terutama di negeri-negeri pantai timur dan Singapura. Ramai antara mereka datang ke Malaya sebagai pedagang, peniaga, editor akhbar, diplomat dan tidak kurang juga terdapat sesetengah mereka bekerja sebagai pelacur-pelacur kelas atasan.
Pelancong-pelancong daripada Jepun direkodkan berbondong-bondong datang ke Asia Tenggara lama sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. Pada masa itu, ia tidak langsung diragui oleh pihak penjajah seperti Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China, Amerika Syarikat di Filipina dan British di Malaya. Tugas intipan dijalankan oleh perisik mereka dengan cukup baik. Daripada sekecil-kecil maklumat sehingga ke maklumat yang paling sulit, semua dikumpulkan untuk memudahkan tugas tentera Imperialis Jepun kelak. Kebanyakan daripada mereka dilengkapkan dengan mesin Cipher(mesin kod rahsia) untuk berhubung bagi menghalang British memintas pesanan mereka.
Tatsuki Fuji
Beberapa nama seperti Tatsuki Fuji misalnya, telah melakukan tugasnya sebagai agen rahsia di Malaya dengan cukup licik. Mudahnya Jepun untuk menawan Malaya pada tahun 1941 adalah disebabkan oleh risikan agen Jepun ini.
Segala kekuatan British telah pun dikaji dan diselidik dengan sebaik-baiknya oleh beliau. Tatsuki Fuji sebenarnya adalah seorang editor di Singapore Herald. Dalam masa yang sama, Fuji telah direkrut untuk mengintip setiap kemudahan dan kekuatan tentera British di Singapura dan Malaya. Profesion beliau sebagai wartawan memudahkan tugas rahsia beliau untuk mengintip dan membongkarkan rahsia sulit British.
Agen Jepun yang paling berjasa
Namun, jasa Tatsuki Fuji tidak dapat mengalahkan jasa seorang agen Jepun yang pernah berada di Malaya lama sebelum Jepun melancarkan dasar imperialisme. Jepun perlu berterima kasih dengan agen yang digelar ‘Harimau’ ini. Beliau adalah Tani Yutaka.



Yutaka Tani ketika berumur belasan tahun.

Bersongkok dan bersamping
Tani Yutaka adalah agen Jepun yang pernah menetap di sebuah negeri di pantai timur iaitu Terengganu. Beliau berada di Terengganu lama sebelum perang dunia bermula. Malah, beliau dilahirkan di Hulu Terengganu pada tahun 1910.

Rumah Kedai keluarga Yutaka Tani di Hulu Terengganu.
Beliau bersama-sama ibubapanya mencari nafkah dengan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan. Kedai runcit warisan keluarga Yutaka tersebut masih lagi terpelihara sehingga terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan setelah Malaysia memperoleh kemerdekaan. Bersama-sama bangsa cina, keluarga Tani Yutaka dianggap golongan minoriti di Terengganu. Bangsa Melayu masih lagi mendominasi dari segi populasi di sini. Namun, keluarga Tani Yutaka yang pandai berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu dapat menyesuaikan diri dengan situasi sebergitu.

Segak bersongkok dan bersamping.
Tani Yutaka sendiri menggemari adab dan pemakaian orang Melayu. Beliau tidak malu untuk bersongkok dan bersamping sedangkan hakikatnya beliau berbangsa Jepun. Oleh sebab itu, teman-teman Tani Yutaka lebih ramai berbangsa Melayu berbanding bangsa-bangsa lain. Ia kemudian menjadi faktor penyebab mengapa Tani Yutaka berjuang bersama-sama bangsa Melayu untuk menumpaskan British di Malaya semasa era Perang Dunia Kedua kelak.
Agen Fujiwara Kikan
Tani Yutaka berkhidmat secara rahsia dengan sebuah agensi risikan daripada Jepun iaitu Fujiwara Kikan atau lebih dikenali dengan gelaran F Kikan. Beliau dikatakan mula dihubungi oleh F Kikan semasa usianya mencecah 19 tahun.
F Kikan ditubuhkan semasa permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1941 di Thailand. Ia diketuai oleh Major Fujiwara Iwaichi iaitu ketua unit risikan Tentera Imperialis Jepun battalion ke-15.  F Kikan ditubuhkan untuk memujuk gerakan kemerdekaan di India, Indochina dan Malaya bagi bersekutu dengan Jepun. Di Malaya, F Kikan berjaya memujuk beberapa orang Sultan termasuk sultan Kedah untuk memihak kepada Jepun.

Major Fujiwara Iwaichi juga dikenali 'Lawrence of Arabia in Southeast Asia'.
F Kikan pernah mengarahkan unitnya untuk menyelamatkan kerabat diraja Sultan Kedah termasuklah Sultan Abdul Hamid dan Tunku Abdul Rahman daripada diapa-apakan oleh tentera Imperialis Jepun. F Kikan juga pernah menghubungi Ibrahim Yaakob bagi berkerjasama dengan Jepun menentang British di Malaya. Ibrahim Yaakob adalah pemimpin utama parti Kesatuan Melayu Muda atau lebih dikenali KMM. KMM adalah antara beberapa organisasi yang berkerjasama dengan Jepun untuk menumpaskan British bagi menjadikan Malaya sebuah negara yang merdeka. Ibrahim telah dilantik oleh Jepun untuk menjadi Leftenan Kolonel kepada pasukan militia anti-British,Giyuugan. KMM dan Giyuugan kemudian diharamkan British selepas kuasa penjajah ini kembali memerintah Malaya setelah Jepun menyerah kalah pada 1945. Ibrahim bertindak ke Jakarta bersama keluarganya dan menukar nama kepada Iskandar Kamel.
 Gerakan Gerila dan sebotaj
Bergitu juga dengan Tani Yutaka, beliau diarahkan agensi F Kikan bagi melancarkan sabotaj dan perang gerila terhadap tentera British dan sekutunya. Kebanyakan yang sering menjadi mangsa serang berani Tani Yutaka dan pasukan gerilanya adalah tentera upahan British iaitu tentera Gurkha.
Dendam terhadap bangsa Cina
Ada sebuah kisah di mana Tani Yutaka bergitu benci kepada bangsa Cina. Ia disebabkan sebuah peristiwa yang menimpa adik perempuan apabila beberapa orang berketurunan Cina yang dipercayai kongsi gelap telah merogol dan membunuh adik perempuannya ekoran tersebarnya kisah-kisah kebrutalan Jepun terhadap bangsa Cina di Tanah Besar.
Kemarahannya memuncak sehingga tujuan asalnya untuk menumpaskan British telah terarah juga kepada bangsa Cina di Malaya. Bersama-sama rakannya yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya, Tutaka telah membalas dendam dengan membakar kedai milik orang cina dan tidak terkecuali juga milik orang-orang British. Nama Tani Yutaka mula ditakuti dan disegani oleh orang cina dan British. Gerakan memburunya telah dilakukan namun tidak berhasil.

Adik perempuan Yutaka Tani(paling kanan) dirogol dan dibunuh membangkitkan kemarahannya kepada kaum Cina.
Malaria meragut nyawa
Disebabkan terlalu terdedah dengan hutan belantara, Tani Yutaka telah dijangkiti demam Malaria yang kemudiannya menjadi penyebab kepada kematiannya. Beliau meninggal dunia pada usia yang masih bergitu muda iaitu dalam lingkungan 32 tahun. Beliau meninggal dunia di Singapura pada 1942. Namun, terdapat sumber mengatakan beliau meninggal dunia di Johor sebelum dibawa ke Singapura untuk dikebumikan di tanah perkuburan khas bagi imigran Jepun.


Persemadian terakhir Yutaka Tani a.k.a Harimau
Legasi
Kerajaan Jepun mengambil inisiatif untuk mengenang jasa beliau semasa penaklukan Jepun di Asia Tenggara dengan menerbitkan sebuah filem yang diberi judul Marai No Tora yang membawa maksud ‘Harimau Malaya’. Watak beliau telah dilakonkan oleh pelakon Jepun era 30-an, Koji Nakata.

Filem Marai No Tora diterbitkan pada 1943 mengisahkan pejuangan Yutaka Tani di Malaya.
Yang menariknya mengenai filem tersebut ialah budaya Melayu dipaparkan dengan cukup menebal seperti watak Yutaka Tani memakai songkok dan berbaju melayu serta menyanyikan lagu warisan bangsa Melayu, ‘Rasa Sayang’.

Koji Nakata melakonkan watak Yutaka Tani dalam filem Marai No Tora.
 Sumber: http://takusahrisau.wordpress.com
Read More

Selasa, 15 Mei 2012

Politik Sekular

https://www.eiu.com
“Memisahkan agama dan politik dipanggil sekular. Perkataan sekular berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bemaksud kata waktu( a time word). Ia boleh diartikan sebagai satu zaman yang sangat panjang. Di dalam satu zaman yang sangat panjang ini, sekularisasi di dalam politik bermaksud tidak ada seorangpun yang boleh memerintah dengan ‘autoriti hak tuhan’.

Kepercayaan kepercayaan ini mulai disemai bermula tahun 1804 hingga 1872 oleh guru Karl Marx yang bernama Ludwig Feurbach. Kemudian timbul pula para teologi kematian tuhan seperti Karl Barth (1886-1968), Dietrich Bonhoeffer (1906-1945), Paul van Buren, Thomas Altizer, Gabriel Vahanian, William Hamilton, Woolwich, Werner dan Lotte Pelz. 

Bagi mereka ini semua, ‘tuhan telah mati’ atau ‘agama adalah ketidakpercayaan’(religion as unbelief). Mereka menyeru orang orang kristian dengan satu pendekatan baru iaitu, ‘kristian tanpa agama’(a religionsless Christianity) dan menganggap ‘kematian tuhan’ adalah satu budaya.

Mereka mula memutarbelit kata kata. Kata mereka kristian tanpa agama bukan bermaksud menjadi atheis, mereka masih percaya wujudnya tuhan tetapi agama hanyalah satu falsafah yang paling tinggi. Agama hanya untuk manusia, bukan manusia untuk agama. Tuhan hanya untuk manusia bukan manusia untuk tuhan. Jadi peranan tuhan hanyalah kepercayaan semata mata dan digantikan dengan peranan manusia semata mata di dunia ini. 

Bagi mereka jika gereja memerintah negara akan berlaku kepincangan yang sangat dahsyat. Mereka percaya akan berlaku konflik dan banyak sekatan akan muncul jika para paderi dikaitkan dalam pemerintahan.

Lantaran itu pihak barat mula memisahkan para paderi dan gereja dari kehidupan bernegara. Jadi ‘solution’nya adalah sekularisme. Mereka mula meminggirkan kehidupan agama mereka dari tampuk politik. Maka mereka bebas perbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka.

Malang sekali fahaman fahaman ini mula diadaptasi oleh sarjana sarjana Islam. Mohamad Arkoun misalnya menganggap, sekularisme dalam pentadibran negara akan membebaskan manusia dari kekangan ideologi. Senada dengannya adalah Nasr Hamid Abu Zayd. Malah ramai sarjana sarjana Islam mula tertarik dengan fahaman memisahkan agama dan politik, bertitik tolak dari fahaman mereka berdua. LEBIH BACAAN | DONATE

http://darululumonline.wordpress.com/2010/04/25/asal-usul-memisahkan-politik-daripada-agama/




Read More