.

Isnin, 16 November 2015

HIBURAN:Komen Amir Ukays: "Tak Berbaloi Tersingkir"

// // Leave a Comment

Komen Amir Ukays: "Tak berbaloi tersingkir"


Amir Ukays telah tersingkir dari Gegar Vaganza pada minggu kelima yang bertemakan ‘Hit Vaganza’.

Namun Amir Ukays kecewa dan rasa tak berbaloi kerana tersingkir ketika membawa lagu Indonesia berjudul ‘Yank’.

Ini komen kepada Astro Gempak:

“Tidak berbaloi rasanya tersingkir pada minggu ini, kerana lagu ‘Yank’ bukan sebuah lagu yang mencabar vokal saya.

“Tapi, mungkin sudah tertulis rezeki saya terhenti pada malam ini dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka,” 

“Saya disingkirkan kerana kekurangan dalam persembahan saya, tiada kaitan dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini (kes polis),” 

Ini pula komennya di FB:

Alhamdulillah saya terima penyingkiran saya ini dgn hati yang terbuka dan redha dgn keputusan yang telah di buat.Terima kasih pada pihak astro terutamanya team gegarvaganza ,juri-juri tetap dan juri jemputan kerana memberi peluang kepada saya sehingga ke minggu ini. 

Terima kasih pada rakan-rakan artis di gegarvaganza. Terima kasih pada rakan -rakan artis yang memberi sokongan ,peminat-peminat juga pada ahli keluarga saya yang sentiasa menyokong kerjaya saya.. Jika mahu saya kembali ke pentas gegarvaganza pergilah ke instagram dato vida

Tinggal lagi lapan penyanyi popular tanah air iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya .

from HOTLIPS CORNER http://bit.ly/1QFYqy5
via awanpetir

0 comments:

Catat Ulasan