.

Rabu, 26 Ogos 2015

HIBURAN:Ini Respon Yatt Hamzah Setelah Sah Bercerai Talak Satu Semalam

// // Leave a Comment

Ini Respon Yatt Hamzah Setelah Sah Bercerai Talak Satu Semalam


Terlerai juga ikatan perkahwinan Haryati Hamzah atau Yatt dengan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Sebelum ini rumah tangga mereka pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan. Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi.

Perkahwinan pasangan itu sejak 29 Mac 2009 retak akhirnya semalam (25 Ogos). Mereka bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang.

Hal itu disahkan sendiri Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantarnya kepada BH Online.

Ini komen Yatt:

"Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," katanya.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.



from HOTLIPS CORNER http://bit.ly/1JZrFem
via awanpetir

0 comments:

Catat Ulasan