.

Ahad, 15 Jun 2014

Suami isteri maut nahas di Teluk Kalong

// // Leave a Comment
CHUKAI: Sepasang suami isteri maut, manakala dua anak mereka berumur tiga dan lima tahun parah apabila kereta dipandu bertembung sebuah kereta lain dari arah bertentangan.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu di Kilometer 140 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan dekat Teluk Kalong, di sini, Ahmad Shakri Abd Wahab, 34, dan isterinya Nor Asmalia Wahab, 34, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua anak mereka yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Kemaman.
Mangsa yang maut memandu kereta Proton Satria, manakala pemandu kereta Honda Accord seorang lelaki cedera parah dan dirawat di Hospital Kemaman.

0 comments:

Catat Ulasan