.

Jumaat, 13 Jun 2014

Samsung Membawakan Pelbagai Kandungan Menarik Untuk Galaxy Tab S – Termasuk Melalui Papergarden

// // Leave a Comment

Samsung melalui Galaxy Tab S memfokuskan kepada pelbagai jenis kandungan digital, dan untuk menjayakannya, pihak Samsung sendiri membawakan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Papergarden.


Papergarden merupakan sebuah aplikasi baru daripada Samsung yang mana memfokuskan kepada majalah digital, dan dioptimasikan untuk paparan tablet. Menggunakannya, setiap majalah hadir dengan kandungan berbentuk interaktif, dimana ia bukan sekadar kandungan teks dan gambar sahaja, tetapi turut diintegrasikan dengan sokongan video.


Untuk menjayakan Papergarden ini, pihak Samsung turut mengumumkan kerjasama dari segi kandungan dengan beberapa pihak, termasuk daripada Conde Nast dan juga daripada pihak National Geographic.


Papergarden


Papergarden


Ia tidak diketahui sepenuhnya sama ada kandungan daripada Papergarden akan selari untuk seluruh dunia ataupun hanya khusus untuk Amerika Syarikat sahaja. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya ketika pelancaran Galaxy Tab S di Malaysia kelak.






from Amanz http://ift.tt/1ppQSTS

via AwanPetir

0 comments:

Catat Ulasan