.

Khamis, 5 Jun 2014

NEGARA: MH370 TUMPUAN PENCARIAN DI ALIH

// // Leave a Comment
Kuala Lumpur: Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) meletakkan keyakinan penuh pesawat MH370 akan ditemui dalam lingkungan latitud 20 darjah selatan ke 39 darjah selatan yang digelar Lengkok Ketujuh (7th Arc).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi ATSB hari ini, berdasarkan semua analisis bebas daripada komunikasi satelit dan prestasi pesawat, pesawat berkenaan dianggarkan akan ditemui dalam lingkungan latitud 20 darjah selatan ke 39 darjah selatan.
Difahamkan, ketika pesawat MH370 mencapai lengkok ini, pesawat itu dianggap kehabisan bahan api dan menurun ke arah lautan.
Bagaimanapun, pesawat itu tidak mungkin lebih daripada 38 kilometer (km) ke barat atau 55 km di timur lengkok itu.
Perincian analisis dalam beberapa minggu akan datang akan mengurangkan kawasan pencarian dalam laut kepada 60,000 km persegi manakala panjang kawasan pencarian pula sepanjang lengkok pula dijangka 650 km.
Pada 29 Mei lalu, ATSB memutuskan kawasan isyarat akustik dikesan dan pencarian dasar laut dilakukan di kawasan Lautan Hindi sejak awal April lalu dianggap sebagai bukan tempat penerbangan MH370 berakhir.
Keputusan itu dibuat selepas kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21 menamatkan operasi pencarian bawah air petang kelmarin selepas mencari di kawasan seluas 850 kilometer persegi.

Alih sana, alih sini, alih-alih tak jumpa jugak.. ap pun bebel je, bukan tolong cari pun huhuhu sape yang ada talent cari jet, sila lapor diri.

0 comments:

Catat Ulasan