.

Ahad, 15 Jun 2014

Najib ucap Selamat Hari Bapa

// // Leave a Comment
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar bapa sambil mengingatkan mereka berhubung kepentingan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Dalam mesej yang sama, Najib turut memberi penghormatan kepada Almarhum bapanya, perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak Hussein, dan mengakui sumbangan beliau atas kejayaannya hari ini.
"Saya tidak akan menjadi sesiapa pada hari ini jika bukan kerana bapa saya. "Biarlah kita diingatkan bahawa sebagai bapa, melabur bagi kehidupan keluarga kita adalah suatu langkah yang amat bijak daripada menumpukan seluruh tenaga kita dalam perkara-perkara yang akan hilang selepas kita telah tiada.


"Warisan paling hebat yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak," kata Najib dalam entri Facebook beliau hari ini.

Hari Bapa adalah sambutan bagi menghormati seorang bapa, hubungan seorang bapa dan pengaruh bapa dalam masyarakat.

Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, yang jatuh pada hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan