.

Sabtu, 14 Jun 2014

Lapangan terbang baharu untuk tampung keperluan zon utara - Mukhriz

// // Leave a Comment
KUALA LUMPUR: Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kedah dijangka dapat menampung keperluan penumpang dan perkhidmatan kargo yang semakin meningkat bagi negeri di utara Semenanjung, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata pihaknya mendapati kemudahan di lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang semakin terhad untuk menampung keperluan pertambahan kargo serta penumpang di masa depan.
Beliau sebelum ini berkata kerajaan negeri Kedah bercadang untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di atas sebidang tanah seluas kira-kira 6,000 hektar di Kulim.

Cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, katanya.

Beliau hari ini merasmikan Pesta Kedah 2014 di sini sehingga esok anjuran Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ia mempromosi keunikan budaya dan tradisi negeri Kedah serta kawasan pelancongan selain bagi mengumpul dana untuk penubuhan Rumah Kedah di ibu negara. - BERNAMA