.

Ahad, 15 Jun 2014

Kementerian Luar sahkan 186 rakyat Malaysia di Iraq selamat

// // Leave a Comment
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan mengesahkan bahawa semua 186 rakyat Malaysia di Iraq berada dalam keadaan selamat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kementerian sentiasa memantau situasi terkini susulan pergolakan di Iraq yang sudah meragut sekurang-kurangnya 335 nyawa.
Sehubungan itu, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di Iraq untuk segera pulang ke tanah air sekiranya tiada keperluan mendesak demi keselamatan mereka.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan atau tidak melakukan lawatan ke Iraq sehingga keadaan di sana kembali pulih,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan