.

Khamis, 5 Jun 2014

INFO: ENAM SYARIKAT BANTU CARI MH370

// // Leave a Comment

Kuala Lumpur: Enam syarikat tempatan menunjukkan komitmen mereka dalam mencari pesawat MH370 dengan bersedia menghantar aset masing-masing ke kawasan pencarian fasa baru di koridor selatan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech sudah menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu.

Menurutnya, Petronas memberikan kerjasama yang memberangsangkan manakala Deftech pula menyelaraskan syarikat-syarikat komersial yang ingin menyertai fasa pencarian baru ini.

“Melalui Jawatankuasa Aset, kami mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan untuk menggerakkan aset pencarian di laut dalam termasuk kenderaan bawah air autonomi (AUV), sistem pengesanan sonar, kenderaan automatik dan kapal bantuan.

PEMANGKU Menteri Pengangkutan ketika sidang media di Hotel Royal Chulan. FOTO Khairull Azry Bidin.

“Berikutan itu, Petronas sudah bersetuju untuk menghantar aset bertujuan untuk membantu kerajaan selain menyediakan dana untuk alat pengesan sonar bergerak yang dilengkapi sistem lengkap, krew kapal dan kapal bantuan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat berhubung pesawat MH370, petang tadi.

Katanya, Boustead pula sedang memuktamadkan terma bagi aset dan perkhidmatan khusus yang akan digerakkan termasuk Kapal Pemantau Oseanografi yang mampu membuat pemetaan dasar laut, alat pengesan sonar bergerak untuk pencarian laut dalam dan kenderaan automatik untuk tujuan pemulihan.

Hishammudin juga berkata, kawasan pencarian fasa baru masih tertumpu di koridor selatan tetapi diperluaskan kawasan pencariannya.

“Lokasi koridor selatan tidak pernah dipertikaikan atau dinafikan oleh mana-mana pihak malah disahkan oleh pakar dari seluruh dunia,” katanya.

Sumber : harian metro

0 comments:

Catat Ulasan