.

Selasa, 10 Jun 2014

HIBURAN:Awie Cabar Pihak Yang Tuduhnya Pukul Isteri Tunjuk Bukti

// // Leave a Comment


Beberapa hari lalu, Berita harian melaporkan seorang penyanyi rock telah memukul isterinya di sebuah bank di Ampang. Baca kisah penyanyi itu -> (baca sini)


Kes pukul isteri itu menimbulkan kekecohan di dalam bank manakala isteri penyanyi rock itu medapatkan rawatan di hospital.


Secara tiba-tiba nama Awie naik dan disebut-sebut sebagai penyanyi rock tersebut.


ini kata-kata Awie:

"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.


"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.


"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah,"


"Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini. "Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan,"


Berita Harian telah ke tempat kejadian namun semua orang kunci mulut dan tidak mahu mengulas. Mungkin orang lain dan perkara ini tidak dapat dipastikan kerana pihak bank tidak membenarkan kakitangan memberi sebarang kenyataan. (sumber: mStar)

Awie, Rozana Dan Anak-anak






from HOTLIPS CORNER http://ift.tt/1mCcKVz

via awanpetir