.

Khamis, 5 Jun 2014

HIBURAN: KILAUAN EMAS 4 AKHIR DI RTM

// // Leave a Comment

Kuala Lumpur: Juara Kilauan Emas 4 (KE4) akan diumumkan pada Konsert Kilauan Mega Akhir KE4 yang akan berlangsung pada minggu depan yang berlangsung di RTM1.

Seramai tiga finalis akan berentap iaitu Omar Sharif Mat Din atau Arip, 42, Benasil Kudong atau Ben,65 dan Md Zain Ramli atau Zain, 45 untuk merangkul gelaran juara KE4.

Juara akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000, kereta Toyota Camry, pakej percutian ke Bali, langganan majalah MIDI selama setahun dan trofi sumbangan Astro.

Naib juara pula dimenangi menerima RM50,000, sebuah Nissan X Gear, pakej percutian ke Ho Chi Minh, langganan majalah MIDI selama enam bulan dan trofi sumbangan Astro.

Tempat ketiga akan menerima wang RM30,000, pakej percutian ke Bandung, langganan majalah MIDI dan trofi.

Bagi tempat keempat dimenangi Nor-Din Yusoff atau Nordin, 53, dari Kelantan menerima RM15,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI dan trofi.

Manakala, tempat kelima pula, Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim atau Nas, 44, dari Pahang yang membawa pulang hadiah bernilai RM10,000, pakej percutian juga tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI dan trofi.

0 comments:

Catat Ulasan